14 Tips Memperoleh Zuriat Yang Baik

 

“Sesungguhnya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok…”

[Surah Luqman : 34]

 

Dalam ayat ini menyatakan Allah SWT yang Maha Mengetahui. Justeru, sebagai manusia hendaklah berusaha, berikhtiar dan berserah kepadaNya. Malah, hal zuriat telahpun tertulis di Luh Mahfuz dan suratan takdir Ilahi dendaklah diterima dalam hal yang berkaitan dengannya. Seperti saya, saya yakin semua ibu bapa mengharapkan agar zuriat mereka adalah tergolong daripada mereka yang beramal soleh, berjaya dunia dan berjaya di akhirat. Semoga 14 tips yang saya kongsikan ini memberi manfaat dalam mencapai cita. Amin Ya Rabb.

 

14 Tips Memperoleh Zuriat Yang Baik

  1. Sentiasa menjaga adab – adab dalam berjimak.
  2. Didiklah anak sejak dalam kandungan dengan memperdengarkan perkara yang baik seperti bacaan surah -surah dari Al Quran, selawat dan istghfar. Baca disini ’15 Cara Mendidik Anak Dalam Kandungan
  3. Memperbanyakkan ibadat sunat seperti membaca Al Quran, solat sunat dan amal jariah seperti bersedekah dan sebagainya.
  4. Bercakaplah dengan bayi dalam kandungan. Bisikkan padanya hasrat hati kita. Ceritakan padanya apa yang akan anda lakukan berdua. Jika bayi bergerak pantas dalam kandungan, nasihatkan bayi, “Anak ibu sayang, tenangkan dirimu nak. Ibu tengah rehat ni sayang.”
  5. Tidak lupa dan sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
  6. Lafazkan doa dengan suara yang lembut. Sebutlah satu persatu niat hati anda nescaya Allah Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa.
  7. Jauhi sikap negatif seperti malas, mengumpat, membuat perkara yang sia-sia dan lain-lain.
  8. Tanamkan dalam diri dan jadikan tindakan sikap yang positif. Bersangka baiklah dengan Allah.
  9. Amalkan doa Nabi Yunus sebagai amalan harian sepanjang tempoh kehamilan. InsyaAllah, proses kelahiran akan menjadi mudah.
  10. Mengamalkan diet seimbang dan sihat daripada sumber yang halal.
  11. Wujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.
  12. Semai sikap berkasih sayang antara satu sama lain. Lakukan perbincangan jika perlu untuk mencari penyelesaian.
  13. Kembangkan sikap berkasih sayang itu dengan anggota keluarga, jiran tetangga dan rakan.
  14. Ambil suplemen Shaklee yang pastinya semulajadi , selamat dan berkesan untuk ibu.

 

set hamil shaklee

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

One thought on “14 Tips Memperoleh Zuriat Yang Baik

  • June 10, 2017 at 7:27 am
    Permalink

    Saya rasa doa itu yang paling penting, disamping usaha kita yang lain. Mulakan berdoa, baru berusaha, sambil berusaha, teruskan berdoa, sehingga termakbul.
    Azwan recently posted…7 tips berjimat di bulan RamadhanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge