3 Tips Cergas Berpuasa Tanpa Letih Melampau

Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan yang kita tunggu tunggu. Walaupun sekarang kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID19, tapi itu bukanlah penghalang untuk kita bersemangat menyambut tetamu yang mulia ini – Ramadhan Al Mubarak. Tak sabar rasanya kan.

Ramadhan bukan sekadar bulan biasa di dalam Islam, tetapi ia sangat sinonim dengan PUASA. Bagaimana persiapan Ramadhan anda?

Saya faham, apabila kita berpuasa dan hanya duduk terperangkap didalam rumah, semestinya cabaran itu lebih tinggi. Ye lah, duduk di rumah sahaja, mestilah rasa hati nak makan nak makan nak makan. Tengok dapur pun boleh rasa lapar. Peti ais tu terasa macam memanggil manggil je, kan? 😛

 

MAHU RASA CERGAS SEPANJANG HARI

Mesti anda pernah melihat sahabat atau orang di sekeliling anda yang berpuasa sama juga seperti anda tetapi dengan gaya cergas seperti biasa.

“Apalah yang dia makan masa sahur tadi agaknya ya?”

Anda mesti tertanya tanya kan. Pantang nampak orang bertenaga semasa puasa, itulah yang sering menjadi tanda tanya. Yang selalu kita nak persoalkan.

Sebab apa?

Kerana ramai yang sering pening, sakit kepala, gastrik dan mudah letih sepanjang berpuasa. Kesannya ibadah puasa akan terganggu, jadi adakah anda dapat kekal cergas dari terbit fajar sehingga terbenam matahari?

Dapat! Saya kongikan cara mudah untuk menyambut puasa dengan bertenaga tanpa lesu bagi memantapkan perjalanan ibadah anda.

 

#1 Air Air Air!

Anda wajib mendapatkan sekurang kurangnya 2.5 liter air sehari. Air adalah medium ‘pengangkut’ untuk melancarkan penghadaman, tekanan darah, otot, tisu badan dan menyerap nutrisi. Pastikan anda mengambil air dengan secukupnya semasa sahur dan berbuka puasa.

Elakkan minuman manis dan berkarbonat. Ini boleh menyebabkan masalah hipoglisemia iaitu paras gula dalam darah yang turun terlalu rendah daripada biasa akibat penggunaan terlalu banyak insulin terutamanya ketika sahur.

Kesan daripada itu, badan anda akan menjadi lebih cepat letih dan sukar menahan lapar sepanjang hari berpuasa.

Saya mencadangkan agar anda mengambil Performance Drink untuk mengekalkan kandungan air dalam badan. Performance Drink ini ialah minuman elektrolit untuk membantu mengawal paras cecair tubuh dengan membekalkan elektrolit yang sangat penting bagi mengelakkan masalah dehidrasi semasa berpuasa tanpa mengganggu keseimbangan paras gula dalam darah.

set puasa shaklee

 

set puasa shaklee

 

Minuman isotonik Performance Drink ini tidak bergas dan tanpa gula, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Ia mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga dan haus melampau ketika berpuasa. Minuman yang sangat enak dan saya pasti anda menyukainya!

 

#2 Pilih Nutrisi

Kita kena selalu ingat, bukan kuantiti makanan itu yang penting, tapi lebih kepada apa yang kita makan. Apa yang kita makan itu yang lebih penting.

Makan sikit tak bermakna kita akan lapar teruk disiang hari, dan makan banyak tak menjamin kita kenyang sempai senja.

Inilah masanya kita mengajar nafsu makan kita. Beza antara banyak dan sedap dengan cukup dan sihat – yang mana anda pilih.

 

Apabila kita bersahur, pastikan kita mengambil makanan yang rendah glisemik indeks (GI).

Untuk menilai GI dalam satu makanan, ia diberikan nilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100.

Makanan yang mudah dan cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) apabila nilai GI lebih daripada 70.

Nilai GI antara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (medium glycemic index).

Makanan lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) apabila nilai GI kurang daripada 55.

Dengan adanya panduan seperti ini kita dapat memilih makanan bagi mengurangkan kenaikan gula yang pantas dalam darah setelah memakan makanan itu. Ini kerana makanan tinggi GI menyebabkan kenaikan cepat paras glukosa dalam darah. Sementara, makanan rendah GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

Dengan bahasa mudahnya, jika semasa sahur anda mengambil makanan yang tinggi GI, anda akan cepat berasa lapar kembali dan kesannya anda lebih cepat menjadi lesu. Adakah itu yang anda mahu?

Saya yakin, kebanyakkan daripada anda sering mengambil nasi sebagai juadah sahur bukan?

Nasi adalah makanan yang mempunyai GI yang tinggi sebanyak 77. Roti putih pula sebanyak 78.

Sebab itulah bila sahur dengan nasi , anda akan dapati jam baru sahaja menunjukkan pukul 9 pagi tapi perut anda sudah berkeroncong dengan rancaknya!

Saya mencadangkan agar anda bijak untuk memilih minuman protein yang ada GI yang rendah seperti Energizing Soy Protein (ESP) dan Cinch Shake. Selain membantu anda rasa kenyang yang lama, ia juga turut membantu anda bertenaga sepanjang hari.

Ingat, bukan kuantiti itu yang penting, tapi apa yang kita makan!

 

Cinch Shake mengandungi satu protein khas, iaitu Leucine, berperanan untuk membina otot dan mengekalkan jisim otot semasa kita membuat sesuatu aktviti, atau semasa kita tidak makan.

Jadi Cinch dengan formula khas LEUCINE dapat membantu anda untuk berpuasa dan diet dengan lebih bagus.

Ia juga membuat anda sentiasa berasa kenyang dan sebab itulah ia dikenali sebagai meal replacement & sangat sesuai diamalkan ketika berpuasa secara tak langsung membantu anda kuruskan badan.

Pilihan perisa Vanilla / Chocolate / Cafe Latte.

 

#3 Makan Protein dan Fiber

Ketahanan kita berpuasa di siang hari dipengaruhi oleh apa yang kita makan semasa bersahur.

Jika semasa sahur anda mengambil makanan yang terlalu banyak, tinggi garam, gula dan lemak kesannya anda akan mengalami insulin spike iaitu kenaikan paras insulin yang mendadak. Ini akan membuatkan anda mudah berasa sangat lapar dan haus dengan cepat walaupun batu beberapa jam sahaja kita berpuasa.

Untuk menjadikan kita berpuasa dengan lebih cergas, cuba ubah diet sahur dengan mengambil minuman tinggi protein. Ia dapat membantu anda bertenaga dan kekal cergas sepanjang hari berpuasa.

Pengambilan protein sewaktu bersahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih panjang kerana kadar pencernaan protein yang lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.

 

 

Sentiasa ingat bahawa mengambil pemakanan yang betul dan berkhasiat adalah faktor utama badan menghasilkan tenaga positif untuk dibawa sepanjang hari.

 

#4 Dapatkan Bantuan Suplemen

Nak cara mudah untuk kekal cergas ketika berpuasa di bulan Ramadhan?

Suplemen boleh membantu untuk menampung keperluan kita kepada nutrisi vitamin, protein, serat dan mineral. Selain untuk kekal cergas dan beri tenaga, vitamin juga membantu kita untuk kekal sihat.

Set puasa ini sangat sesuai untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Ibu hamil dan menyusu perlu pastikan anda bekalkan protein yang cukup kepada tubuh anda.

 

Perkongsian Daripada Mereka Yang Sudah Mengubah Cara Makan Ketika Berpuasa

Disini saya kongsikan antara maklumbalas pengguna Set Puasa Shaklee. Alhamdulillah mereka sangat gembira dan berpuas hati.

Ayuh ubah tabiat makan anda pada ramadhan kali ini. Luangkan banyak masa dengan solat tahajud dan ibadah, makan simple tapi pasti kenyang lama!

Performance Drink buat tekak tak kering, lebih bertenaga. Wajib minum semasa terawih.

 

Puasa lebih bertenaga bersama set puasa shaklee. Tak murung dah!

 

Tahun pertama puasa dengan Cinch dan ESP, selesa je perut!

 

Set Puasa Shaklee. Memang tak rasa haus dan lapar!!

 

Ibu hamil pun serasi bersama Set Puasa Shaklee. Alhamdulillah

 

Sahur dengan Cinch, ESP, Performance Drink dan Vivix. Cukup sihat.

 

Gastrik pun sangat bagus ambil ESP

 

Dapatkan Meal Shake untuk sahur sihat buat anak anak anda

 

Saya Nak Beli Set Puasa Shaklee

Untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma dan pesanan produk, terus klik icon di bawah

 

Setiap pembelian dengan saya, saya akan kongsikan resipi resipi istimewa setiap hidangan istimewa buat anda.

Terima kasih kerana membaca. Saya doakan perkongsian ini bermanfaat buat anda.

 

 

 

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"