4 Posisi Penting Bagi Mengurangkan Sakit Kontraksi

 

Setelah 40 minggu membawa kandungan tersayang, tiba masa untuk melahirkan.  Sebelum bersalin, ibu akan mengalami kontraksi menandakan kandungan matang dan sedia dilahirkan.

Kontraksi berlaku apabila rahim mula menguncup untuk menolak bayi keluar secara normal.

Sakit kontraksi rasanya seperti sakit perut yang memulas. Tapi lebih sakit lagi. Ya, sangat sakit!

Permulaan kontraksi berlaku dalam sela masa yang panjang dan akan semakin kerap sela masa apabila semakin menghampiri proses untuk bersalin.

Jika ibu mempunyai anak yang ramai, pasti pengalaman kontraksi setiap anak itu berbeza. Ada yang merasai sakit kontraksi yang sekejap, ada yang lama, bahkan ada yang tak merasai sakit itu pun ada!

 

PENGALAMAN SAYA  BERHADAPAN DENGAN KONTRAKSI

Semasa sakit kontraksi anak pertama, saya hanya berbaring sahaja atas katil wad di hospital. Melayan dan terus melayan sambil badan menggigil, diri mengeluh, menjerit, gigi diketap, cadar katil dicengkam sampai ronyok habis!

Kehamilan anak kedua pada tahun berikutnya saya mula selongkar ilmu tentang kontraksi. Alhamdulillah, semasa sakit kontraksi itu datang, saya tak lagi berbaring layu di atas katil, tapi saya mula bergerak dan lakukan posisi yang membantu untuk mengurangkan rasa sakit itu.

Syukur, tiada lagi adegan ketap gigi, tarik cadar sampai terkoyak, apatah lagi jeritan macam kena rasuk. Ibu kena berfikiran positif, tenang dan banyakkan berzikir memuji keesaan Allah.

 

EMPAT POSISI BAGI MENGURANGKAN SAKIT KONTRAKSI

Tiada magik yang berlaku semasa ‘menikmati’ kontraksi anak kedua itu. Cuma saya amalkan teknik pernafasan lamaze dan saya lakukan posisi yang boleh membantu mengurangkan sakit kontraksi itu.

 

Posisi Pertama : DUDUK TEGAK

Sokong diri ibu pada permukaan berhampiran seperti dinding, tempat duduk kereta atau katil.

Berlutut jika perlu.

Posisi Kedua : POSISI MERANGKAK

Melutut dalam posisi merangkak. Condongkan pelvis ke hadapan dan ke belakang.

Jangan lengkungkan bahagian belakang.

Rehatkan diri ke hadapan dan kepala pada lengan di antara masa kontraksi.

Posisi kurangkan sakit kontraksi

Posisi Ketiga : DUDUK KE HADAPAN

Duduk secara terbalik di atas kerusi dan bersandar pada bahagian belakang kerusi dengan menggunakan kusyen atau bantal.

Rehatkan kepada pada lengan yang disilangkan dan pastikan lutut terpisah.

Boleh juga letakkan kusyen pada tempat duduk kerusi supaya ibu lebih selesa.

Posisi kurangkan sakit kontraksi

Posisi Keempat : MELUTUT KE HADAPAN

Melutut dalam keadaan kaki terpisah manakala bahagian atas badan diletakkan di atas himpunan kusyen atau bantal.

Cuba berada dalam keadaan setegak mungkin.

 

Rakan Hamil Anda,

Farah Alina

013 – 576 7554

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"