5 Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama

Syukur alhamdulillah, hari ini meriah order Set Hamil Shaklee dan yang paling ‘win’ adalah yang ini. ( Rujuk gambar di bawah )

 

Makin sweet suami-suami sekarang. Bukan sahaja ibu, malah para suami pun dah tahu dan yakin dengan keberkesanan produk Shaklee kan?

Dengan landmark study berserta kajian klinikal yang terperinci selama bertahun tahun, memang insyaAllah Shaklee sememangnya antara produk suplemen yang terbaik.

Alhamdulillah. saya sendiri dulu memang consume Set Hamil Shaklee ini semasa mengandungkan kedua anak lelaki saya; Amir Miqdad dan Amir Hamzah. Dan kini tugas saya untuk kongsikan kebaikan Set Hamil ini dengan anda semua.

 

KENAPA IBU HAMIL PERLU MAKAN VITAMIN?

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada

  • Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  • Perkembangan fizikal bayi yang sihat dan untuk mengelakkan masalah seperti spina bifida dan lain-lain.

 

5 VITAMIN UTAMA UNTUK IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA

Jadi, saya nak berkongsi berkenaan vitamin yang sangat bagus diamalkan semasa kehamilan, yang mana saya sendiri amalkan semasa mengandungkan Miqdad dan Hamzah. Dan ternyata saya sangat gembira dengan perjalanan kehamilan saya.

 

1) Vita-Lea® Iron Formula

Kebiasaannya ibu mengandung akan kekurangan zat besi.  Ini kerana walaupun sayuran hijau kaya dengan zat besi, namun ianya masih tidak mencukupi untuk ibu mengandung yang memerlukan zat besi dua kali ganda dari biasa. Kebanyakkan zat besi hilang akibat pencemaran udara, pencemaran tanah semasa ia di tanam dan semasa sayur di masak.

Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Jadi, Vitalea ini membantu ibu menambah zat besi, memberikan lebih tenaga, mengatasi masalah cepat letih dan mengelakkan anemia serta masalah HB rendah.

Baca lebih lanjut di sini : Kepentingan Iron Untuk Wanita Hamil

 

2) Sustained Release Vita-C

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan, menjadikan kulit lebih cantik dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi.

Ibu hamil perlu cakna tentang imun badan ibu kerana ia sangat penting untuk melindungi ibu dan bayi dari jangkitan kuman atau bakteria merbahaya. Ini kerana, sistem imun ibu mengandung akan automatik menjadi rendah disebabkan oleh badan ibu mahu menerima bayi.

Semasa hamil, saya konsisten makan Vitamin C hari-hari (dan of course yang lain juga). Alhamdulillah, sepanjang  kehamilan, saya tak pernah demam dan selesema. Malah anak saya juga tak pernah demam sehingga umurnya mencecah setahun!

Selain itu, Vitamin C juga turut membantu penyerapan iron yang lebih berkesan – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.

 

3) B-Complex  (Asid Folik)

B Complex Shaklee ini lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Ia juga mengandungi Asid Folik untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi.

Bermula saat pasangan merancang untuk mahukan zuriat, isteri di nasihatkan untuk ambil B Complex walaupun belum ada bayi dalam kandungan. (Sebaiknya 4 bulan sebelum rancang nak hamil)

Ini sebab kita hanya akan tahu bayi wujud pada minggu kedua atau minggu ketiga. Waktu ini salah satu bahagian terpenting bayi dah pun mula membentuk iaitu bahagian tulang belakang.

Andai ibu tadi tak cukup vitamin B9 (Asid Folik) sebelum mengandung, dikhuatiri bayi yang dikandung ada masalah tulang belakang terkeluar dari badan.

Teladani kisah ini. Anak kami menghidap Spina Bifida!

Selain itu, jika ibu hamil sering sakit kepala, migrain atau nak elakkan daripada kencing manis semasa hamil, B Complex ini sangat membantu.

 

4) Protein ESP

Protein bertindak sebagai bahan asas untuk bina sel dalam badan bayi. Sel yang sihat dan kuat penting untuk pembentukan organ yang sihat dan kuat. Hasilnya, kulit bayi menjadi lebih licin, cerah, gebu dan anjal.

Protein ESP ini juga memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam.

 

5) Kalsium, Vitamin D, Magnesium (Ostematrix)

Semasa hamil, bayi serap almost 90% kalsium si ibu. Jika ibu tidak menggantikan semula kalsium ini, maka ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Alahai, bila ini terjadi, pasti ibu rasa tak sedap badan, tak selesa dan moody selalu. Ingat, hamil bukanlah perjalanan kehidupan yang perit, tapi ianya sangat indah! Jadi jika ibu ada alami simpton seperti tadi, segeralah telan Ostematrix sebelum tidur, ternyata selepas bangun tidur ibu pasti ceria dan bahagia.

Sebenarnya, Ostematrix ini lah vitamin kegemaran saya jika nak dibandingkan dengan keempat vitamin di atas. Kalau tak dapat sehari, mau merana badan! Hehe.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembentukan darah yang mencukupi untuk ibu dan bayi dan mengelakkan risiko ibu mengandung tumpah darah semasa bersalin.

 

vitamin shaklee untuk ibu mengandung

 

 

TESTIMONI IBU YANG GEMBIRA DENGAN SET HAMIL SHAKLEE

Sebagai seorang ibu, semestinya kita nak berikan yang terbaik untuk anak kita semasa dari dalam kandungan lagi kan?

Untuk saya sendiri, inshaaAllah kalau ada rezeki untuk mengandung lagi semestinya saya akan setia bersama SET HAMIL SHAKLEE.

 

 

 

MAHU NIKMATI SAAT KEHAMILAN YANG INDAH DENGAN SHAKLEE

Set Mengandung Shaklee ini tahan untuk tempoh 1-3 bulan. Ibu digalakkan ambil dari trimester pertama hingga ke waktu bakal bersalin nanti. Walaubagaimanapun, jika ibu sudah masuk ke trimester kedua, saya mencadangkan untuk Ibu add on satu lagi vitamin iaitu Omega Guard.

 

Hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan Set Mengandung Shaklee anda.
Farah Alina
Whatsapp : 013 576 7554
Shaklee ID : 1079704

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

One thought on “5 Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"