7 Cara Mengatasi Sembelit Semasa Berpantang Agar Ibu Tenang

 

Berpantang akan menjadi mudah dan tenang jika ibu tidak mengalami apa-apa masalah, baik masalah kesihatan si ibu mahupun si anak. Pada awal fasa berpantang, si ibu mudah alami stress jika ibu berhadapan dengan dua masalah ini iaitu ;

  • Anak Kuning
  • Ibu Sembelit

 

Saya nak cerita lah pengalaman peribadi saya. Saya ibu kepada dua orang anak lelaki. Anak pertama saya lahir secara pembedahan caesarean (czer) pada Mei 2015. Jadi bila lahir czer ni tak lah ada masalah sembelit pun. Alhamdulillah, proses nak buang air besar tu lancar dan mudah.

 

Pada Mac 2016, saya hamil sekali lagi. Jangan terkejut tau, walaupun baru lagi saya bersalin czer tahun sebelumnya, namun dengan izin Allah Taala, dan berkat ikhtiar saya mengamalkan Set Hamil Shaklee, alhamdulillah saya berjaya VBAC bersalin secara normal anak kedua ni.

 

Masalah semasa bersalin anak kedua ni takde lah apa pun. Cuma biasalah kan, pertama kali nak deliver baby secara normal ni walaupun ini anak kedua ibarat inilah anak pertama. Isu command adalah masalah tak reti meneran. Hehe. So far, saya ambil masa lebih kurang 10 minit untuk meneran. Saya dibantu dengan kaedah Episiotomi. Episiotomi ialah potongan kecil yang dibuat pada bukaan faraj semasa melahirkan anak supaya bayi mudah dikeluarkan. So bila dah kena gunting ni, mestilah ada jahitan kan. Teringat lagi semasa nurse jahit saya hidup hidup, saya tak rasa apa pun sebab masa tu tengah sedu sedu menangis gembira dukung anak yang saya lahirkan (skin to skin reaction). Hehe.

 

Bila dah habis je urusan dalam labour room tu, saya ditolak masuk ke dalam wad ibu bersalin. Selepas beberapa jam terbaring, tibalah saat yang dinantikan iaitu nak membuang air kecil. Takut tau. Hehe. Nak membuang air kecil pun rasa takut, kalau buang air besar haruslah lagi takut!

 

Bila dah selesai buang hajat, terlafaz lah syukur sebab ok je. Tiada masalah pun nak buang air kecil. Malam sebelum nak tidur tu, selepas berjaya tidurkan baby, tiba-tiba ada rasa macam nak membuang. Alamak! Takut beb!

 

Saya terus ke tandas. Kalau nak tau, saya ambil masa yang lama dalam tandas tu. Saya terpaksa bertapa dalam tandas sampai kaki rasa kebas! Membuang sambil ketap-ketap bibir berharap sangat seksaan cepat berakhir. Aduh! Semasa mengandung saya banyak membaca. Jadi saya trauma dengan kes jahitan terbuka balik sebab meneran semasa membuang. Jadi saya pun tak nak lah meneran kan, nak najis naturally keluar sendiri.

 

Bila saya dah discharge dari wad, saya pulang ke rumah mak saya dan bermulalah sesi berpantang yang murni. Ada sesi mengurut, bertungku, berbarut, bertangas dan lain-lain lagi. Saya gembira berpantang cara orang kampung. Semuanya serba serbi lengkap dan sempurna. Oh, nikmatnya! 🙂

 

Tapi..

 

Saya masih lagi sembelit. Trauma bila nak membuang tu tak habis lagi pada hari ketiga berpantang. Dan pada saat itu juga saya teringat akan suplemen Ostematrix yang terkandung dalam Set Pantang Shaklee yang suami saya dah siap-siap belikan. Dan2 tu juga terus saya telan 6 biji Ostematrix sebelum tidur.

 

Keesokan hari, saya bangun pukul 4 pagi bukan sebab nak menyusukan anak, tetapi sebab nak membuang. Cepat-cepat jalan terkedek-kedek pergi ke tandas. Mujurlah bilik berpantang rumah mak dan tandas tak jauh pun. Kalau tak, rasanya dah terburai dah sebab perut memang rasa memulas yang amat – amat!!

 

Paling menakjubkan!

Paling menggembirakan!

Paling mengujakan!

 

Alhamdulillah, saya dapat membuang dengan lancar dan mudah tanpa perlu teran pun. Itulah saat yang paling menggembirakan saya sepanjang saya berpantang kali ni. Dan bila sesi check up dengan nurse di Klinik Kesihatan masa hari ke 10, nurse cakap jahitan dan bercantum dan sempurna dah. Syukur! Lega sangat. Hilang segala resah.

 

 

Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi…

 

 

Dalam entri kali ini, saya kongsikan 7 tips dan cara mengatasi sembelit bagi ibu berpantang :

 

1. Ambil diet yang seimbang semasa berpantang.

Ambil buah-buahan dan sayuran setiap hari. Buah tu mestilah buah yang tak sejuk, yang orang pantang boleh makan. Cadangan saya buah oren.

 

2. Minum air secukupnya. 

Minum air suam banyak membantu proses pembuangan dan juga memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

 

3. Elakkan duduk ataupun terbaring terlalu lama. 

Cuba berjalan sikit demi sikit. Duduk terlalu lama akan menyebabkan sembelit lebih teruk.

 

4. Segera ke tandas jika ada rasa mahu membuang. Jangan tangguh! 

Lagi bertangguh, lagi teruk sembelit tu.

 

5. Usah teran, tapi tolak dengan nafas. 

Kita akan rasa nak membuang. Kita akan rasa nak teran. Tapi bila teran, najis tak keluar keluar. Apa yang kita perlu buat adalah, relax.
Tarik nafas panjang, dan hembus nafas into our body sambil bayangkan nafas kita tolak najis.
Teknik ini adalah teknik untuk bersalin tanpa koyak. Alhamdulillah ia juga berkesan untuk hilangkan sembelit. Cuba banyak kali, insyaAllah nanti keluar lah najis.

 

6. Guna tandas duduk. Jangan mencangkung. 

Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar.

Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

 

7. Ambil Suplemen. 

Saya mencadangkan semua ibu berpantang consume Ostematrix Shaklee sebab dalam Ostematrix ini bukan hanya ada sekadar Kalsium semata mata, tetapi juga mengandungi Magnesium yang sangat penting untung membantu lawas. Najis akan keluar dengan lancar, lembut dan mudah tanpa paksaan dan tanpa perlu kita meneran.

 

cara mengatasi sembelit

 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ae8e0b4d73ca94fcfbceee69c857a979
Dapatkan Suplemen Ostematrix Disini

 

 

Bayangkan kalau ibu boleh tiap-tiap hari boleh membuang dengan selesa dan najis lembut pula tu.

Alangkah nyamannya dunia berpantang ibu kan?

Sambil menikmati seronoknya berpantang sambil melayan karenah bayi yang baru menjengah dunia.

Dan ianya lebih indah jika ibu mengamalkan SET BERPANTANG Shaklee.

 

 

set pantang shaklee
Klik Pada Gambar Untuk Ke Entri Klik Set Pantang Shaklee

 

Suplemen ni sebenarnya bukan lagi pilihan di zaman sekarang. Hakikatnya makanan kita hari ni dah kurang khasiat. Kajian dibuat sejak tahun 1970-an tentang khasiat tanaman yang makin berkurangan sejak berlakunya pelbagai revolusi. Bayangkan ia telahpun berlaku pada tahun 70-an, apatah lagi kini?

 

Ibu perlukan suplemen bukan hanya untuk elakkan sembelit tetapi nutrien yang cukup memberikan ibu ketenangan, kegembiraan, minfulness dan fokus. Kita banyak mendengar tentang ibu-ibu yang stress, kalau teruk akan jadi meroyan! Sanggupkah mengorbankan diri seorang ibu sebegitu?

 

Saya doakan semua ibu yang sedang berpantang menjalani hari-hari berpantang dengan gembira dan tenang.

Selamat Berpantang! 🙂

 

Love,

FarahAlina 

013 – 576 7554 (WhatsApp)

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge