Amalan Terbaik Ketika Hamil Yang Perlu Ibu Amalkan Setiap Hari

 

Mengingati Allah merupakan jalan yang baik bagi mengubati atau merawat hati dan jiwa manusia. Mengingati Allah dengan bertafakur iaitu merenung kekuasaan Allah akan dapat membersihkan hati dna menambahkan keyakinan akan kebesaran dan ketinggian Nya sehingga menumbuh sifat taqwa. Saat kehamilan penuh dengan ujian fizikal dan emosi. Oleh itu, amalan-amalan seperti membaca Al Quran, berzikir dan berdoa dapat membangunkan semangat dan memberi kekuatan rohani, insyaAllah.

 

MEMBACA AL QURAN

Ibnu Masa’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Orang yang membaca satu huruf dalam al Quran mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan itu lalu dilipat gandakan 10 kali. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim’ sebagai satu huruf. Tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf.”  

(Riwayat at-Tarmizi)

Membaca al Quran banyak manfaatnya, begitulah maksud hadis tersebut. Ibu perlu susun jadual agar dapat meluangkan masa membaca al Quran setiap hari. Sekurang kurangnya 2 halaman, paling minima.  Adalah lebih baik jika ibu dapat mengkhatamkan al Quran dalam tempoh kehamilan ibu.

 

KLIK SINI UNTUK BACA : Vitamin semulajadi ibu hamil 

 

Antara surah-surah yang baik untuk dibaca ketika hamil adalah :

 

SURAH AL FATIHAH

Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan

SURAH LUQMAN

Mendapat anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

(Amalkan pada minggu ke 24 kandungan)

SURAH MARYAM

Memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh

SURAH HUJURAT

Memperbanyakkan susu ibu dan anak memiliki sifat berhati hati

SURAH YUSUF

Mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak

(Dimulakan pada minggu ke 16 kerana ketika itu roh mula ditiupkan)

SURAH AN NAHL (AYAT 178)

Memudahkan ibu bersalin, dengan izin Allah Taala

SURAH YASIN

Untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat

SURAH AL BAQARAH (AYAT 255)

Melindungi diri daripada sebarang godaan syaitan dan kemudaratan

SURAH AL BAQARAH (AYAT 128)

Mendapat anak yang patuh kepada Allah

SURAH AL AHQAF (AYAT 15)

Mendapat anak yang berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa

SURAH AL IMRAN (AYAT 38)

Mendapat anak yang sempurna, tidak cacat

DOA NABI YUNUS

Doa ini sering kali saya tuturkan, lagi lagi ketika berada dalam labour room di saat mahu bersalin.

Doa Nabi Yunus ini ada dalam SURAH AL ANBIYA’, AYAT 87

 

 

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang – orang yang menganiaya diri sendiri.”

 

KLIK SINI UNTUK BACA :  Makanan terbaik ibu hamil untuk naik HB

Semoga bermanfaat buat ibu solehah sekalian.

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

13 thoughts on “Amalan Terbaik Ketika Hamil Yang Perlu Ibu Amalkan Setiap Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"