Amir Itu Hadiah Bernilai Buat Ibu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat walfiat, dalam rahmat dan lindungan Allah. Entri hari ini saya rasa nak berkongsi tentang Amir saya. Rasanya dalam blog saya ini, belum sempat lagi saya menulis tentang perihal anak-anak saya.
Saya ibu kepada dua mujahid comel. Anak sulung saya namanya Amir Miqdad. Lahir pada 19 Mei 2015 di Hospital Teluk Intan. Bulan Mac 2017 ini umurnya dah setahun 10 bulan. Tinggal 2 bulan sahaja lagi Miqdad nak masuk usia dua tahun. Terasa macam baru semalam saya bergelar ibu, tup tup hari ni dah 2 tahun dah anak sulung saya ini.
Sampai sekarang , Miqdad masih menyusu badan lagi. Tandem la nampaknya. Siapa cakap jadi Ibu ini tak mencabar memang saje je kan. Syukur alhamdulillah, berkat saya amalkan Set Menyusu Shaklee nih, cukup susu badan untuk Miqdad. Miqdad dapat full breastfeeding sehingga umur dia setahun empat bulan. Selepas kandungan saya dah masuk 6 bulan, susu badan saya mulai drop. Jadi terpaksalah saya berikan Miqdad susu formula. Jenuh juga lah nak cari susu yang sesuai dan yang dia nak, sebab kebanyakkan susu putih dia tak nak. Hampir 4 brand susu kot saya cuba, semua direject nya. Akhirnya, bila bagi susu Dutch Lady Chocolate, baru dia terima dan inilah hasilnya sekarang, badan bam bam sangat! Haha.



Semasa Miqdad berusia 11 bulan, saya disahkan hamil. Seperti yang dijangka, memang 100% seperti yang saya mahu. Pada Feb 2016 itu saya rasa dah bersedia nak hamil lagi. Saya mula berdoa , moga dikurniakan anak kedua pada Mac 2016. Alhamdulillah, Allah izinkan. :’)
Yang penting, badan kita kena fit dan well prepared ok. Sebab tu kena consume suplemen untuk tampung nutrisi yang lompong dalam badan kita ini. Jadi bila kita nak sesuatu itu, badan kita dah siap sedia.
Maka bermulalah perjalanan 40 minggu 4 hari bersama anak kedua di dalam rahim. Pengalaman hamil yang sungguh indah dan menyeronokkan. Terima kasih Set Hamil Shaklee, sentiasa bersama saya setiap masa. Kehamilan yang tiada sakit-sakit badan, tiada masalah, HB cantik, baby membesar dengan sihat dan everything was so nice. Syukur alhamdulillah. Kalau dulu Miqdad masa minggu ke 39 dah keluar, tapi baby kedua ini suka sangat lah nak duduk lama lama dalam perut ibu. Hehe! Sampai kena induce , baru nak keluar kan. Nasib lah comel! 😛
Tanggal 31 Disember 2016 lahirlah seorang lagi putera yang diberi nama Amir Hamzah. Putera yang lebih kurus, lebih putih dan lebih mancung daripada abang nya. Hehe. 3.7 kg with normal delivery, syukur alhamdulillah. :’)





Dan inilah rupa Amir Hamzah sekarang. Cute macam ibu dia kan. 😉
Inilah baby Shaklee kedua saya. Saya consume Set Hamil Shaklee, Set Pantang Shaklee dan sekarang Set Menyusu Shaklee.

Alhamdulillah, inilah hadiah Allah yang terindah buat saya. Kehadiran anak – anak ini benar – benar menceriakan kehidupan saya dan suami tercinta. Mohon doa semua agar saya dapat menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Dan doakan juga moga anak ketiga saya (nantilah, sekarang belum berisi lagi haha) adalah seorang baby girl so that kita ada Farah’s Junior, gitu. 😉
Ok, jumpa lagi di entri akan datang!