Cepatnya Kandungan Ibu Membesar!

 

Assalamualaikum semua.

 

Pagi isnin ni jom kita mulakan hari dengan permulaan yang baik baik. Buat declaration kepada diri, sebut benda yang positif sahaja. SAYA HEBAT! SAYA SUKA SENYUM! SAYA SENTIASA SANGKA YANG BAIK SAHAJA! SAYA DISENANGI RAMAI ORANG! SAYA KAYA DAN BERJAYA!  Kita lah yang mencorak kan hari kita setiap hari! 🙂

 

Pejam celik pejam celik, dah masuk 21 minggu dah usia kandungan kedua saya. Allahurobbi. Sekejap je rasa. Dah masuk separuh minggu dah daripada 40 minggu. Tak lama lagi prince Miqdad akan jadi Abang. Tak sabar nya saya nak timang anak kedua. Allah je yang tahu perasaan ini. Semoga semuanya berjalan dengan baik, Allah pelihara saya dan kandungan saya dan Allah beri kesempurnaan kepada nya. Lagi 19 minggu sahaja lagi kita akan bertemu sayang. Tunggu ye baby….

 

Di fasa ini sekarang, ibu tahu kandungan ibu sekarang dah mempunyai deria rasa. Tulang rawan yang akan menjadi tulang rangka pun sudah mulai mengeras. Malah, suara dari luar tubuh ibu mampu didengari oleh bayi ibu. Apabila dengar suara keras, bayi ibu akan bergerak atau melompat girang. Jadi Abiy dan Ibu sekarang ni memang selalu je bercakap nada romantik. Hehe. Mana tak nya, sekarang ni pun bayi ibu sangat aktif dalam perut. Melompat sana, bergerak sini. Nanti kalau dengar suara keras, lagi kuat la gerak dia. Hehehe.

 

Bayi bergerak sekitar 200 kali sehari menjadikan otot bayi semakin kuat.

 

Ukuran bayi ibu sekarang ni sekitar 23 cm. Dan dalam waktu ini, bayi ibu mengalami peningkatan berat badan. Nanti 18 hb ni kita ada check up kat klinik tau baby, kita tengok berapa la kenaikan berat badan Ibu pula. Kalau berat ibu bertambah, itu tak buat Ibu sedih pun, malah Ibu rasa gembira sangat! Maknanya anak Ibu pun sihat lah.

 

Ibu Chubby? Ehe. Takpe. Nanti lepas baby dah keluar dari perut Ibu, pandai – pandailah Ibu diet nanti. Set Slimming Shaklee kan ada! 😉

 

Kehamilan 21 Minggu

 

Ibu janji sekarang ini Ibu tak kan abaikan pemakanan sihat dan makan suplemen setiap hari. Ibu nak anak Ibu membesar dengan sihat dalam perut Ibu. Sebenarnya Ibu dah serik sayang.. 3 hari Ibu selesema sebab Ibu skip makan Vitamin C Ibu. Tak semena – mena tau.. Tak selesa betul dibuatnya. Lepas ini Ibu tak kan buat lagi.

 

Demi mu sayang..

 

farahalinadotcom

 

 

 

 

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge