23 Gambar Menarik Fenomena Supermoon 14 November 2016
Sebelum saya nak mula kan menulis entri Supermoon ini, saya berulang kali bertasbih , bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah SWT. Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Maha Besar Allah yang menciptakan langit dan bumi ini, serta sekalian makhluk yang ada didalamnya.
Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) sebanyak tiga puluh tiga kali, bertahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali, dan bertakbir (Allahuakbar) tiga puluh tiga kali, kemudian mengucapkan: Laa ilaaha illa Allah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ’ala kulli sya’in qadir, setiap selesai solat. Maka akan diampuni dosanya meski sebanyak buih di lautan.”
SUPERMOON 2016
Malam tadi, tanggal 14 November 2016 bersamaan dengan 14 Safar 1438H, jam 7.24 malam dan 9.54 malam (fasa penuh atau purnama), orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau ‘perigee’, iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi. Kejadian ini merupakan fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Sudah tentu ramai yang mahu menyaksikan fenomena Supermoon ini. Begitu juga saya, hehe, gigih tau keluar rumah dengan zauj dan Miqdad untuk pergi port yang boleh nampak Supermoon dengan jelas.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.
Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini (14 November 2016) adalah Supermoon terbesar.
Menurut NASA pula, “The full moon won’t come this close to Earth again until Nov. 25, 2034”
KEDUDUKAN BULAN SEMASA SUPERMOON
Fenomena Supermoon akan menyebabkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa.
Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena Supermoon.
Jarak yang dekat dengan Bumi ini dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogee.
Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.
KOLEKSI GAMBAR MENARIK SUPERMOON NOVEMBER 2016



















Sebagai orang beriman, seharusnya kejadian ini bukan hanya sekadar dilihat sebagai satu fenomena, tetapi kejadian ini merupakan satu wake up call kepada kita.
Jika kita melihat hanya sekadar sebuah fenomena yang mengkagumkan, hanya sekadar rasa ‘WOW’, selepas kejadian itu, tidak memberi impak kepada kita.
Jika kita melihat ini adalah sebuah peringatan buat kita, kita akan menginsafi bahawa ini adalah salah sebuah tanda dunia akan mengalami kehancuran; yang mana bulan terbelah (berdasarkan sirah 1400 tahun dahulu) menunjukkan kiamat kian hampir.
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Telah datang saat itu (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah. [Al-Qamar: 1]
Bayangkan bulan berkata, “Aku mengeluarkan cahaya pada jam 7:24 malam hingga 9:52 malam (mengikut tempat), menunjukkan bahawa aku adalah hamba yang taat dan patuh pada arahan Allah. Macam mana pula dengan kamu wahai manusia?”
Semoga kita tergolong dalam kalangan yang bukan sahaja melihat fenomena ini sebagai fenomena biasa di dunia, tetapi menginsafi bahawa kejadian ini merupakan betapa hampirnya kiamat dengan kita.
Allahuakbar!