Wajib Baca : Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung

 

Apabila mengandung, semua Ibu mahukan prestasi kesihatan yang terbaik. Sebab itu kebiasaanya Ibu mengandung tak kan pernah lupa untuk menghadiri temujanji pemeriksaan kesihatan secara berkala di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Kan? Macam itu lah juga saya sewaktu mengandungkan kedua anak lelaki saya dulu.

 

APAKAH HB?

HB adalah Hemoglobin dalam darah. Ia adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang tugasnya mengangkut oksigen daripada salur pernafasan ke seluruh badan manusia.

 

Analogi: Bayangkan manusia kalau tak cukup oksigen akan tercungap-cungap kelemasan. Kalau badan ibu mengandung tak cukup oksigen, organ dan tubuh badan ibu akan mengalami masalah.

 

Biasanya bacaan HB yang cantik untuk ibu mengandung adalah dalam 11 g/dL.

Acapkali apabila pemeriksaan kesihatan, HB saya selalu maintain cun je. Dalam bacaan 12 g/dL ke atas.  Tapi, suatu ketika semasa mengandungkan anak saya yang kedua, semasa dalam minggu kehamilan ke-15, HB saya drop teruk. Jatuh sampai 10.9 g/dL!

 

BAHAYAKAH HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG?

Selain masalah pengidap / pembawa thalasemia, apabila ibu hamil mempunyai HB rendah, ibu hamil itu berisiko terhadap masalah anemia.

Bahaya anemia ini adalah oksigen yang dibawa kepada bayi dalam kandungan boleh berkurang.

HB terlalu rendah akan menyebabkan Ibu mengandung cepat penat dan selalu kelihatan pucat, malah ianya juga memberi kesan kepada perkembangan bayi dalam kandungan, seterusnya akan membawa kepada kelahiran pramatang.

Dan yang paling merisaukan masa bersalin nanti kalau HB tak cukup boleh membahayakan nyawa ibu sebab masa tu darah banyak keluar.

 

KENAPA HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

Oleh sebab ini kali pertama (sejak mengandung dua kali) saya mempunyai HB rendah 10.9 (Bacaan normal adalah 11 g/dL, maknanya saya ni hanya kurang 0.1 g/dL je pun), saya selidik apa punca-punca yang membawa kepada HB rendah semasa mengandung ni.

Nak tahu?

Teruskan membaca.

 

Masa kita mengandung, penghasilan darah dalam tubuh meningkat untuk menyokong keperluan ibu dan bayi.

Apabila darah bertambah, kepekatan Hemoglobin (HB) dalam darah akan berkurang.

 

Analogi : Analoginya macam air sirap. Asalnya air sirap dalam satu cawan adalah just nice. Bila air sirap tersebut dikehendaki memenuhi satu jag lain, maka air akan di tambah.

 

Tapi kalau tambah air saja, pati sirap tak tambah, tak menjadi lah air sirapnya.

Jadi dalam situasi ibu mengandung yang isipadu darah bertambah, hemoglobin pun kena bertambah.

Masalah berlaku bila badan kita tak cukup bahan untuk buat hemoglobin. Nak hemoglobin tapi tak cukup bahan buat, jadi lah bacaan HB rendah dan menghasilkan simptom-simptom HB rendah.

 

TIPS NAIKKAN HB

Saya pernah berkongsi tentang tips untuk tingkatkan HB semasa mengandung.

Boleh baca di sini : Kepentingan HB & Tips Naikkan HB

Juga saya jemput anda untuk membaca pengalaman saya sendiri dalam menangani masalah HB rendah semasa mengandungkan anak kedua saya 7 bulan yang lalu di sini. Daripada  HB 10.9 naik sehingga 12 g/dL! 🙂

 

Semoga Bermanfaat!

 

Farah Alina

WhatsApp : 013 576 7554

Shaklee ID: 1079704

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

4 thoughts on “Wajib Baca : Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"