Kenali Company Shaklee Yang Gah Di Dunia

 

Shaklee dikenali dengan syarikat supplemen semulajadi yang sangat-sangat bermutu tinggi. Apabila dah hampir 3 tahun saya berkecimpung dalam dunia bisnes Shaklee (selain mengamalkan Shaklee), saya begitu teruja nak tahu tentang lokasi Syarikat Shaklee.

Mesti ramai yg teringin nak tau HQ Shaklee ini terletak di mana kan?

HQ Shaklee terletak di Pleasanton, California.  Konsep nya sudah semestinya mesra alam dan mesra pengguna. Ia bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee berdekad lamanya.
Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang, Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap “Kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi.”

Research dibuat terlebih dahulu sebelum pembinaan bangunan bagi memastikan bangunan yg dibina bercirikan go green dan natural.

Ini termasuklah penggunaan karpet yang dibuat dari fiber, dinding, dan lighting semulajadi bagi menjimatkan tenaga.

Bangunan pun dah hebat, apatah lagi vitamin yang dibuat kajian demi kajian untuk menghasilkan vitamin paling bagus di dunia.

 

Anda boleh menikmati pemandangan indah seperti langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini.

Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

 

Antara keunikan HQ Shaklee ini adalah :

🍃 Bahan-bahan kayu & pintu diambil dari kawasan hutan mampan
🍃 Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula
🍃 Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula
🍃 Taman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk Shaklee
🍃 Pengunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga
🍃 Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan
🍃 Penggunaan “Low E-Glass” di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien

 

 

Waahhhhh! Ternyata sangat banyak keunikan HQ Shaklee ini. Memang tak diragui lagi kalau produknya pun bermutu tinggi.

Mana tak nya, tempat bekerja pun dah cukup menggambarkan yang Shaklee hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Jadi memang saya sangat-sangat yakin yang produk shaklee ni memang bermutu tinggi.

 

By the way, Shaklee ini ada barisan para saintis yang bertanggungjawab untuk menghasilkan vitamin yang berkualiti tinggi.

Apa yang menarik ada 1 team khas hanya untuk produk di Malaysia sahaja.

Mereka semua ni bukan calang-calang orang tau. Mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing dan kebanyakannya adalah Phd holder.

Banyak kajian vitamin diterbitkan dalam jurnal kesihatan antarabangsa sebagai bukti selamat dan berkesan.

Sebanyak 250k USD setiap tahun dilaburkan hanya untuk R&D produk.

Untuk pengetahuan anda, setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee perlu menjalani ribuan kajian klinikal bagi memastikan ianya terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

 

 

Suasana office yang tenang dan damai. Design tingkap kaca membolehkan cahaya matahari masuk dengan banyak dan mengurangkan penggunaan elektrik.
Suasana office yang tenang dan damai. Design tingkap kaca membolehkan cahaya matahari masuk dengan banyak dan mengurangkan penggunaan elektrik.

 

Suasana dalam bangunan HQ Shaklee
Suasana dalam bangunan HQ Shaklee

 

Barisan para saintis Shaklee
Barisan para saintis Shaklee

 

Pejabat CEO Shaklee Mr Roger Barnett
Pejabat CEO Shaklee Mr Roger Barnett

 

Library untuk kegunaan staff Shaklee
Library untuk kegunaan staff Shaklee

 

Semoga suatu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ke HQ Shaklee ini. Doakan bersama ya! Thanks~

 

farahalinadotcom

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

2 thoughts on “Kenali Company Shaklee Yang Gah Di Dunia

  • May 7, 2017 at 2:28 pm
    Permalink

    Malam Kak, salam kenal sebelumnya ya dari Blogger Pontianak. Mau nanya untuk produk Shaklee ini udah ada pemasarannya di Indonesia kah?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge