Ibu Berpantang Dilarang Tidur Dalam Bilik Beraircond

 

Langgar pantang

Tidur dalam bilik beraircond

Alasan wajib yang selalu saya dengar

– anak (bukan newborn ya) tak tahan panas
– newborn tak tahan panas
– ibu tak tahan panas
– SUAMI tak tahan panas

 

Nasihat saya,

Tidur dalam bilil beraircond biarpun temperature hanya 25°c dikira sejuk ya.

Ibu-ibu yang tidur dalam bilik beraircond sekup kepala, pakai stokin, pakai baju lapis2 dikira bersejuk ya.

Ibu-ibu dalam pantang yang kerap ber aircond, malah tidur dalam aircond mudah terkena serangan bentan urat (demam menggigil seluruh badan), meroyan urat ( simptom arthiritis – sakit2 sendi) dan meroyan bulu (mudah rasa seram sejuk) selepas bersalin.

 

Nasihat saya,

Jika anak-anak yang dah besar dan suami anda tak tahan tidur tanpa aircond, anda kenalah berkorban tempat dengan tidur di tempat lain sepanjang pantang 44 hari.

Berpisah tempat tidur 44 hari bukan bermaksud anda buang anak-anak yang lain. Ia adalah tanda kesungguhan anda untuk cepat sembuh supaya genap 44 hari berpantang, anda menjadi ibunyang lebih sihat dan mampu luangkan banyak masa berkualiti dengan anak-anak.

Kadang-kadang bila melihat balik ibu yang dah dihinggap sakit melunai selepas tamat tempoh berpantang, saya menyaksikan sendiri betapa mereka “rimas” dengan kehadiran anak-anak kerana si ibu sibuk melayan sakit-sakit badan yang tak surut-surut selepas bersalin.

 


Newborn dilahirkan dari kantung ketuban yang panas. Mereka dah biasa berpanas selama 10 bulan dalam perut ibu. Jadi alasan bayi tak tahan panas lebih kepada observation ibu pada ruam-ruam di badan bayi dan rengekan bayi.

Sebab tu mak-mak kita dahulu dia tak tala kipas kat anak-anak baru lahir. Dia pakaikan anak bedak sejuk. Lepas tu baju anak kapas nipis. Bedungnya juga dari kain batik/pelikat lusuh. Zaman sekarang anak di fashionkan gaya anak lahir dkt UK. Mana budak tu tak mengamuk.

 

Yang suaminya pula. Kalau nak tidur dengan isteri, kenalah berkorban. Belajar tidur tanpa aircond dengan kipas yang seminima mungkin.

Jangan sibuk mengelar isteri derhaka, kerana wanita yang banyak beraircond lambat laun akan melalui frasa mati putik dimana mereka akan menjadi lebih derhaka apabila mereka langsung tak ada nafsu untuk bersama dengan anda.

Cuba jadi jantan sejati sikit.

Fikirkan khasiat berpantang ini untuk jangka masa panjang. Demi keharmonian rumahtangga kalian sehingga terputus nyawa.


Buat ibu-ibu muda yang akan berpantang, siap-siap beli kipas tangas. Jangan cuba dilangkah pantang larang nan satu ni. Jangan jadikan badan anda sebagai bahan ujikaji.

Kerana sekali badan dah mula sakit-sakit akibat tidak berpantang, ubatnya mahal. Kesannya berpanjangan. Anda akan tua sebelum usia.

Fikirkan-fikirkanlah.

Biar merana 44 hari.
Dari merana 44 tahun.

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge