Kenapa ESP Shaklee Terbaik Dan Berbeza Dengan Soya Yang Lain?

 

 

ESP Shaklee bukan sekadar Soya, tetapi adalah produk soya yang terbaik.

Serupa macam kereta Ferrari lah. Ferrari bukan setakat kereta, tapi kereta paling laju. (*yeah, Buggati kereta paling laju. tapi tak ramai yg kenal Buggati tu binatang ape gamaknya).

Jadi, tak adil kalau anda nak samakan ESP dengan air soya kotak RM1.80 yang dijual di kedai tu. Mari saya kongsikan apa yang uniknya ESP shaklee ni.

ESP SUMBER PROTEIN

ESP bukan produk yg dibancuh di belakang rumah. Tapi ia dimajukan oleh para saintis Shaklee; saintis tau, bukan Doktor PhD yang main beli tu.

Malah, kajian-kajian ini bukan setakat dijalankan oleh saintis Shaklee sahaja, tetapi juga oleh saintis diluar Shaklee (pihak ke-3). Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, Shaklee je yang berani mintak pihak ke-3 buat kajian ke atas unsur yang Shaklee gunakan dalam produk-produknya.

Syarikat lain tak nak buat sebab takut kantoi secara klinikal.

ESP shaklee ada bukti kajian saintis

Badan kita perlukan protein untuk pembinaan sel yang sihat. Pembinaan sel yang tak sihat boleh mengakibatkan macam-macam kanser kepada tubuh badan.
Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino;

(1) 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid & dihasilkan oleh badan kita
(2) 9 lagi dinamakan essential amino acid & HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan protein-protein ini)

Semua 9 nama essential acid amino ini anda boleh tengok kat tin ESP.

Dalam pasaran dunia, tiada satu produk pun yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni; KECUALI ESP. Sampai sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi SEMUA essential amino acid ni.

ESP shaklee ada 9 asid amino penting yang badan perlukan

Dalam 100g daging yang kita makan, mungkin cuma ada 10g saja kandungan protein yg ada. Selebihnya “hampas”.

Kenapa hampas?

Sebab makanan yang kaya protein sekalipun akan hilang kandungan protein apabila dimasak. Ini kerana, protein akan musnah dalam suhu yang tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak.

Dan kalau masih ada pun sisa baki protein dalam masakan, strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar dihadam & diserap oleh badan. Sebab tu dah banyak makan ikan, ayam, daging pun masih terdedah kepada risiko tak cukup protin dalam badan.

Tapi, protin dalam ESP tak musnah. Kerana ia diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protin di dalamnya kekal berkualiti & kekal berkesan pada tubuh.

ESP diproses pada suhu yang rendah

Zaman sekarang banyak tanaman yang dah di ubahsuai secara ginetik. Contoh paling mudah, kita kacuk bunga biar nampak lagi cantek atau buah supaya lagi sedap.

Antara produk popular yang dah diubahsuai secara ginetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai & anggur yang tiada bijik.

Begitu juga soya. Produk-produk lain di pasaran banyak dah diubah secara ginetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit, supaya hasilnya lebih banyok & sedap di makan.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi dah; struktur berbeza, dah terdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser, etc.

Tapi ESP dibuat daripada soya bukan GMO aka asli. Setiap satu tin ESP diproses drpd 30kg soya.

ESP dan GMO

ESP ni low GI. Maksudnya ia ditukar kepada glukos & tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus.
Perasan x, kalau kita sarapan roti canai atau nasi lemak banyak-banyak sekalipun, lepas 2-3jam dah lapar balik dah. Sebabnya, roti canai & nasi lemak ni High GI. Cepat kenyang tapi pun cepat lapar sebab tenaga ditukar sekaligus. Makanan high GI macam ni juga tak bagus untuk pesakit kencing manis, sebab ia buat kandungan gula dalam badan mereka tak stabil.

Tapi ESP ni low GI.

Kalau makan pagi-pagi tu kadang tengah hari pun masih rasa kenyang lagi. Bila kita masih rasa kenyang, kurang lah rasa asyik nak makan je tuh. Bila boleh kurangkan makan/kalori, ia bantu kita kuruskan badan.

Juga sebab ESP ni low GI, ia bagus untuk pesakit diabetes atau kencing manis. ESP membantu stabilkan paras gula dalam badan mereka.

GI dalam ESP rendah

ESP memang TIADA kolestrol sebab ia dihasilkan daripada tanaman. Pesakit darah tinggi ke tiada masalah nak makan ESP.

ESP juga tiada asid urik, sebab asid urik ni hanya datang daripada badan, bukan makanan. Jadi, pesakit gout pun boley guna ESP.

Dan sebab ESP adalah produk semulajadi, ia sangat mudah dihadam & diserap oleh badan. Jadi, badan kita pun boleh dapat kebaikan protin daripadanya sebanyak & secepat mungkin.

ESP tiada kolestrol

Nah, sekarang anda nampak kan kenapa saya kata soya ESP ni berkualiti dan bukan calang-calang.  Jom sihat dengan ESP! 🙂

 

 

 

farah alina dot com

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"