Atasi Masalah Kentut Vagina Kerana Malu Dengan Allah

Kebanyakkan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora). Angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.

Yang ini selalunya simpton anak dara terkena kentut vagina. Emak-emak selalunya punca tidak berpantang dengan sempurna.

Kena rawat ke kentut vagina ni? Pasal apa?

 

KENTUT VAGINA

Kentut vagina keluar melalui faraj, tidak terasa macam nak buang agin seperti kentut dubur, bersifat odourless (tidak berbau) tetapi kalau kentut vagina berbau ia sudah dijangkiti kuman punca bau.

Kentut vagina berlaku apabila udara terperangkap di dalam faraj, ia dilepaskan seperti mana kentut dubur.

Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj.

Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin.

Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

 

PUNCA KENTUT VAGINA

1. Tidak berpantang dengan sempurna lepas bersalin.
2. Otot-otot vagina lemah, ia menyebabkan udara mudah masuk ke bahagian ini.
3. Proses kelahiran yang sukar dan kerap melahirkan anak yang menyebabkan otot vagina lemah.
4. Peranakan jatuh.
5. Tidak dapat mengawal kencing.
6. Seks yang keterlaluan.

 

MALU DENGAN ALLAH

Kita nak rawat kentut vagina ni bukan hanya sebab malu dengan suami, tapi sebab malu dengan Allah sebenarnya. Nak jaga kualiti ibadah kan? Kalau kentut aje dan was-was nak solat, macamana tu? Sampaikan ada seorang ustaz yang bawa jemaah haji dan umrah ni kata, kalau masalah kamu macam tu, silalah sumbat kapas di faraj kamu!

Malu malu!

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
ﻋَﻦْ َﻋﺒَّﺎﺩِ ﺑْﻦِ ﺗَﻤِﻴْﻢٍ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻰِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ : ﻻَ
ﻳَﻨْﺼَﺮِﻑْ ﺣَﺘَّﻰ ﻳَﺴْﻤَﻊَ ﺻَﻮْﺗﺎً ﺃَﻭْ ﻳَﺠِﺪَ ﺭِﻳْﺤﺎً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

 

Kalau nak bersuci dari hadas tu basuh bersih cukup-cukup. Tak payah sembur air ke dalam vagina lama-lama konon kesan sejuk dingin.

Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.

Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini?

 

TIPS MENGATASI KENTUT VAGINA

Buatlah kegel exercise atau kemut kemut.

Kegel exercise ini boleh melangsingkan corong faraj yang luas dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika kita bergerak atau ketika bersama suami.

 

vagina longgar

 

CARA NAK KEMUT KEMUT KEGEL

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim awak cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing kamu telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas atau kencing dedas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak empat (4) kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari

6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang kamu selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.

 

ALFALFA COMPLEX BOLEH MEMBANTU ATASI KETUT VAGINA

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas wanita bersalin dan paras hormonnya masih tak stabil. Hormon estrogen yang mencukupi dalam tubuh akan memberikan kesan kewanitaan yang ketara seperti payudara yang cantik dan kitaran haid yang teratur.

 

alfalfa shaklee atasi masalah kentut vagina

 

Alfalfa Complex yang berfungsi sebagai perapat atau pengetat organ intim wanita. Alfalfa juga membantu mengecutkan rahim , mengurangkan keputihan dan senggugut. Pendek kata, bagi saya Alfalfa ni umpama jamu moden kacip fatimah yang wajib semua wanita perlu amalkan.

 

Fakta yang membantu , University of Pittsburgh telah mengesahkan bahawa  Alfalfa Complex ini juga turut mengandungi estrogen tumbuhan yang dipanggil isoflavin. Ini bermakna pengambilan Alfalfa Complex ini boleh menghasil dan meningkatkan hormon estrogen dalam tubuh.

 

Dapatkan segera Alfalfa Complex jika anda mengalami masalah ini.

 

farah alina dot com

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"