Iron Penting Untuk Wanita Hamil & TTC , Kekurangannya Boleh Menyebabkan Kematian Bayi
Assalamualaikum & Hai.
Dalam entri yang lepas, saya ada share tentang kepentingan ASID FOLIK di sini. Untuk entri kali ini , saya nak kongsi pula berkenaan kepentingan IRON untuk mereka yang sedang merancang untuk hamil dan untuk ibu yang sedang hamil.
Kenapa IRON penting untuk kehamilan?
Iron membantu dalam penghasilan HEMOGLOBIN (HB), protein dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh sel dalam badan.
Semasa hamil, jantung akan mengepam darah 30-50% lebih cepat berbanding biasa. Extra Iron is needed to produce more HB in order to bring oxygen to our baby.
Apa yang akan terjadi jika darah tidak mendapat bekalan Iron yang cukup?
ANAEMIA (HB < 11g.dl), ini akan menyebabkan kepada:
- Infertility (tak subur)
- Keguguran
- Kelahiran Bayi Pramatang (Tak cukup bulan)
- Bayi tidak cukup berat (Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg)
- Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut
- Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia
- Risiko kematian ketika lahir atau stillbirth
Allahuakbar! Takut kan. Sampai boleh menyebabkan kepada kematian lagi. Jadi, bakal ibu dan ibu please jangan pandang remeh tentang isu nutrisi semasa hamil ini. Pastikan anda mengambil cukup bekalan Iron.

Apakah Kepentingan Hb ketika Hamil?
-
Kandungan Kurang Dari 5 Bulan
Pada waktu ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu proses pembentukan organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, dan anggota- anggota lain. Sekiranya darah kurang 11g dan jantung gagal terbentuk dengan sempurna, bayi akan mengalami keguguran. Sekiranya jantung terbentuk dengan sempurna tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin akan hidup tetapi mengalami kecacatan (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sifatnya sempurna tetapi darah terlalu cair, ia akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, iaitu mungkin bayi dilahirkan akan selamat tetapi fungsi otak yang kurang (lambat).
-
Kandungan 5 Bulan Hingga 7 bulan
Ketika ini pembentukan bayi sudah sempurna. Tetapi sekiranya kandungan darah terlalu cair (Hb terlalu rendah) jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu.
-
Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi sudah sempurna namun dalam usia begini jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan Hb. Sekiranya Hb terlalu cair, atau rendah kurang dari 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Sekiranya jantung mampu bertahan dan bayi selamat dilahirkan, bayi mungkin lebih kecil saiznya.
Cara Untuk Meningkatkan HB
Untuk meningkatkan HB, anda digalakkan makan makanan yang tinggi kandungan zat besi, seperti:
- Daging lembu sebesar kotak mancis (2 keping)
- Daging ayam (bahagian dada)
- Kerang (20 biji)
- Ikan Bilis
Jangan mengambil pil tambah darah bersama air susu (sumber tenusu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin. Sebaiknya ambil bersama air masak atau air buah-buahan.
Hb akan bertambah 1g/dL sekiranya kita ,mengambil vitamin selama 10-14 hari secara konsisten.
Namun begitu,anda diberi pilihan atau short cut bagi menangani masalah ini. Saya memperkenalkan Set Anemia Ibu Hamil dihasilkan bertujuan khas untuk mengatasi masalah HB low dan anemia.
VITA LEA Shaklee sumber IRON yang terbaik
Supplement Shaklee yang mengandungi Iron adalah VITA LEA. Bukan sekadar Iron, malahan VITA LEA merupakan multivitamin lengkap yang sangat membantu dalam memastikan badan kita cukup keperluan nutrisi.
So kalau nak pregnant, kena consume earlier okay? Sekurang kurangnya 4 bulan sebelum merancang untuk hamil tu anda dah kena start consume Vita Lea tau. Dan penyerapan Iron dalam Vita Lea ni akan lebih efektif sekiranya diambil bersama Vitamin C.
Jemput beli sendiri set hamil shaklee dengan klik button di bawah ni :
Jemput juga baca pengalaman saya sendiri di sini.
Sebagai penutup kepada entri ini, jemput lihat video pengalaman ibu ini yang setiap kali mengandung mesti Anemia. Namun dengan ikhtiar beliau, kali ini beliau berjaya selesaikan masalah anemia nya dalam masa HANYA 2 MINGGU!
Semoga bermanfaat! 🙂