Kesan Jika Tidak Mengambil Asid Folik Ketika Hamil. Ambil Iktibar Dari Kisah Ini.

Tadi saya ada baca satu artikel ni, kisah seorang ibu dan anak. Kalau bab anak ni, memang saya cepat tersentuh. Lagi – lagi jika ianya asbab si ibu. Allahu. Mula – mula saya berfikir juga, nak kongsi ke tak dengan pembaca blog Farahalina.com ni, tak sampai hati nak kongsi sebenarnya. Tapi demi kebaikan semua, untuk pengajaran semua ibu dan bakal ibu muda, saya kongsikan juga. Baca kisah di bawah ini.

 

=======================================================

 

IBU TAK SANGKA ANAK IBU YANG TERKENA…..

Saya Sarah… masa saya menuntut di UITM dulu saya berkenalan dgn senior saya Faris… Faris org yang kuat sukan.. kuat ibadat dan baik akhlaknya….

Sifat jujur yang ada padanya antara sebab kenapa saya bersetuju dgn lamaran Faris.

Kami bertunang & berkahwin pada usia 24 tahun. Hanya ALLAH yang tahu betapa indahnya perasaan ketika itu. Antara topik yang paling kami suka sembang adalah ANAK.

Seronok kan bila bercakap pasal anak? Rasa semakin erat hubungan kami.

Syukur sangat.. selepas 2 bulan jadi wife, saya disahkan pregnant…

Happy yang tak terkata bila Faris tengok UPT saya double line. Sebenarnya Faris yang tak sabar untuk checkkan sebab saya delay period 2 minggu & pening pening.

Sangat terharu masa tu bila suami saya – Faris, menangis & memeluk saya sebab terlalu happy. Katanya ini hadiah buatnya & dia berjanji akan jadi suami dan ayah yang baik.

Walaupun kandungan baru 2 bulan, Faris akan datang sentuh sentuh perut saya dan bercakap cakap dengan anak kami ni  Sungguh indah moment tu.

Disebabkan Faris ada skil menukang, dia buat katil anak kami dengan sendiri, sampai luka tangan Faris tercucuk paku. Tapi dia tetap happy dengan semua tu sebab tak sabar nak jadi ayah.

Kami berdua merancang macam macam untuk anak kami.

Faris siap cakap nak anak kami main badminton & bola dengannya & saya pula sangat nak ajak anak kami ni bakar ikan masa berkelah nanti… Allah… anak dalam perut ni baru 5 bulan… tapi macam macam kami plan….

Seperti anda, saya pun sama… kami impikan anak kami dikurniakan kesempurnaan fizikal & mental.

Bila kami sgt teruja dgn anak yang bakal lahir ni…. masa checkup bulan ke 5 kandungan…. kami diuji dengan news yang sangat sedih….

Anak kami menghidap Spina Bifida!

spina_bifida_1

Allah….. ujian apalah ini…. Bukankah itu penyakit melibatkan saraf tunjang?????!!!

Doctor sahkan… punca penyakit ini disebabkan saya tak makan asid folik seawal kehamilan lagi.

Terberhenti jantung saya ketika itu… rasa bersalah & air mata mengalir ini dah tak mampu padamkan rasa bersalah kerana tak ambil berat & x alert mengenai semua ni.

Saya betul tak makan asid folik sebab saya tak tahu!

Rupanya asid folik perlu dimakan seawal 3 bulan sebelum hamil!

Down sangat saya masa tu…

Faris seakan menerima takdir & memujuk saya. Tapi saya sering kali sedar, selepas kami dimaklumkan perkara sedih tu Faris banyak menangis di sejadahnya selepas solat.

Maafkan Sarah abang…. Sarah tak ambil tahu semua ilmu ni.. Sarah ingat lepas kahwin kita dah boleh menimang cahaya mata sebab kita saling sayang menyayangi.

Khaif lahir secara caesarean, luluh hati saya bila lihat ada sesuatu seperti ekor di belakangnya.

 

Spina Bifida

 

 

Doktor cakap ada cara untuk merawatnya namun dengan kos yang agak tinggi. Kalaulah saya ambil berat mengenai ilmu kehamilan ni…mesti segalanya indah sekarang.

Walaupun kami redha dgn kelahiran Khaif.. kami tetap diuji dengan pandangan masyarakat terhadap anak kami…

Selepas beberapa hari Khaif lahir, Khaif demam panas, sekali lagi kami diduga. Khaif disahkan mengalami Hydrocephalus.

Bila org nak dekati khaif pun diorng takut.. sebab kepala khaif lagi besar dari biasa….

Kini khaif dah 5 tahun… tapi dalam tempoh 5 tahun ni.. dah 18 kali anak ibu ni berdepan operation….

Saya dah berhenti kerja masa khaif disahkan menghidap penyakit ni lagi.

Suami bekerja sebagai guru sekolah menengah… & kehidupan kami tak seperti apa yg kami idamkan dulu…

Semuanya lain sekali…

Biarpun kita perlu percaya dengan takdir ilahi, namun sekurang kurangnya jika saya alert, pastinya tak akan seteruk ini.

Maafkan ibu Khaif…. semua ini salah ibu….. Maafkan Sarah abang…. Sarah musnahkan impian abang untuk anak kita…. Khaif…

 

=============================================================

 

Sobs! Sedih sangat kan! Ini kisah benar tau. Bukan rekaan.

Kenapa asid folik sangat penting untuk ibu hamil?

Anda boleh baca tulisan saya disini. Saya selalu pesan kepada semua customer saya , kalau you baru kahwin dan rancang nak hamil, please consume Asid Folik 3 bulan sebelum you hamil. Bukan mahal pun, sebotol B Complex Shaklee (dalamnya ada Asid Folik) cuma RM57 sahaja sebotol. Tahan 4 bulan lagi. Berbaloi baloi beli daripada terjadi nya sesuatu yang tidak kita jangka.

 

 

kesan kurang asid folik ketika hamil

kesan kurang asid folik ketika hamil

kesan kurang asid folik ketika hamil

kesan kurang asid folik ketika hamil

Pentingnya asid folik ketika hamil
Pentingnya asid folik ketika hamil

 

Untuk order dan konsultansi set hamil, hubungi saya. Ini kepakaran saya. InsyaAllah saya akan berikan khidmat konsultansi yang terbaik untuk anda.

 

set hamil semulajadi

 

Kelebihan-Set-Ibu-Hamil-Shaklee

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge