Makanan Yang Bantu Kecutkan Cyst Untuk Ibu Mengandung

Rutin awal ibu apabila disahkan hamil adalah check up anak dalam perut. Masa itu, semua ibu akan teruja sebab nak tahu kondisi bayi dalam perut. Tapi bila doktor sah kan kita ada ketumbuhan cyst masa mengandung kali ini, itu suatu kenyataan yang perit!

Bukan apa, kita risau jika cyst itu boleh mengganggu tumbesaran bayi dalam rahim kita. Lagi risau dan takut jika ianya adalah kanser!

Berdasarkan entri jenis – jenis cyst ni, kalau cyst yang saiz nya kecil dan boleh hilang dengan sendiri takpelah.

Tapi kalau doktor cakap cyst ni dah besar dan berkemungkinan akan membesar, kena pula pantauan lagi 2 minggu berikutnya, itu yang buat kita risau.

Masa ini lah yang kita kena berhati hati dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita. Ini penting agar estrogen dan xenoestrogen dalam badan kita tak bertambah. Kedua bahan kimia estrogen dan xenoestrogen inilah merupakan punca pelbagai penyakit wanita seperti cyst, kanser dan fibroid.

 

MAKANAN YANG PATUT IBU MENGANDUNG AMBIL UNTUK BUANG CYST

Untuk mengawal penyakit, terlebih dahulu kita kena kawal pemakanan kita. Kerana apa yang kita makan akan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Jika sihat pemakanan kita, insyaAllah badan pun sihat kerana badan mendapat cukup nutrisi yang diperlukan.

Untuk mengecutkan cyst, makanan berikut adalah sangat digalakkan :

1. MAKANAN YANG TINGGI ANTI OKSIDAN

Cyst terbentuk disebabkan oleh terlalu banyak estrogen dan tak seimbang.

Estrogen yang terlalu banyak ini pula terhasil akibat pelbagai sebab termasuk lah pencemaran udara, berat badan berlebihan yang menyebabkan lemak ditukar kepada estrogen dan pemakanan yang semua nak segera.

Semua ini merupakan radikal bebas yang dimasukkan ke dalam badan. Radikal bebas ini perlu dineutralkan semula supaya cyst kembali mengecut.

Cara untuk neutralkan radikal bebas adalah dengan mengamalkan pemakanan yang kaya anti-oksidan.

Antara makanan kaya anti-oksidan termasuklah buah anggur, buah ceri, lobak ungu dan dark chocolate.

2. MAKANAN BERASASKAN SOYA

Contohnya seperti taufu, tempe, sup miso, kacang soya, sayur cauliflower dan brocoli. Soya mengandungi phytoestrogen yang membantu mengawal kandungan hormon estrogen dalam badan.

 

3. MAKANAN KAYA MAGNESIUM

Contohnya seperti kacang almond, pisang dan prune untuk mengurangkan rasa kejang yang disebabkan oleh ovarian cyst.

 

4. MAKANAN KAYA OMEGA-3

Juga penting untuk menyeimbangkan hormon estrogen yang berlebihan. Contoh makanan kaya Omega-3 adalah seperti ikan salmon.

Elakkan makanan seperti ikan yang bertoksik seperti sardin kerana toksik tersebut akan menyumbang kepada xenoestrogen.

 

GAYA HIDUP YANG KENA PANTANG UNTUK PESAKIT CYST

Di samping amalkan pemakanan yang bantu untuk pengecutan cyst semasa mengandung, kita juga perlu mula ambil tahu makanan jenis yang macam mana yang menggalakkan pertumbuhan cyst dan menyebabkan cyst semakin membesar.

Biasanya makanan yang perlu pantang adalah makanan yang menyebabkan xenoestrogen bertambah.

1. GULA PUTIH

Elakkan makanan yang terlalu manis atau tinggi kandungan gula putih. Gula putih secara amnya akan menyebabkan bacaan gula naik mendadak dalam darah. Bila bacaan gula dalam darah tak stabil secara tak langsung ia akan menyebabkan hormon tak stabil dan tak seimbang.

Untuk menggantikan gula putih, kita boleh amalkan gula perang atau madu.

2. PARABEN

Paraben biasanya terdapat dalam kosmetik wanita. Paraben ini mempunyai bahan kimia yang menyerupai estrogen.

Walaupun kita tak makan kosmetik, tapi bila kita pakai kosmetik yang mengandungi paraben, ianya akan diserap masuk ke dalam kulit dan secara tidak langsung menaikkan kandungan estrogen dalam badan.

3. TURUNKAN BERAT BADAN

Untuk ibu mengandung memang normal berat badan akan bertambah sebab bayi sedang membesar.

Cuma pastikan berat badan kita adalah mengikut average berat badan yang klinik tentukan.

Biasanya kalau jaga makan supaya hanya makan yang sihat dan berkhasiat, insya-Allah berat badan walaupun mengandung akan terkawal.

Masalah jika berat badan melebihi average adalah lemak berlebihan akan ditukar menjadi estrogen dan menyebabkan cyst bertambah besar.

Jaga pemakanan kita dan elakkan gaya hidup yang menyebabkan cyst membesar.

 

Baca Entry Lain Di Sini  Tanda, Risiko & Rawatan Cyst Semasa Mengandung

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"