5 Makanan Penting Naikkan HB Ibu Mengandung

 

Entri sebelum ini saya ada kongsikan perihal kenapa HB ibu mengandung rendah. Saya siap bagi analogi sekali.  Ala, yang pasal air sirap tu. Anda ingat lagi?

Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan pula tentang bagaimana nak naikkan HB ibu mengandung?

Anda nak tahu makanan apa yang membantu naikkan HB?

Teruskan membaca.

 

5 MAKANAN UTAMA BANTU NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG

Ibu mengandung yang mempunyai masalah HB rendah tak perlu stress. Sebab lagi ibu stress, lagi bahaya kan diri Ibu dan bayi dalam kandungan tu tau.

Apa yang Ibu perlu buat adalah amalkan 5 makanan di bawah

 

#1 : DAGING

Kebiasaannya kita akan mendengar saranan untuk ibu mengandung ambil daging merah. Adakah ini benar?

Daging merah iaitu daging lembu mempunyai kolestrol dan lemak yang lebih tinggi berbanding daging putih. Justeru, jika ibu mengandung makan terlalu banyak daging merah, ibu dikhuatiri akan mendapat darah tinggi atau beberapa penyakit yang lain.

Sebaiknya, amalkan daging putih seperti ayam dan ikan setiap hari.

 

daging putih bantu naikkan HB ibu mengandung

#2 : SAYUR BERDAUN HIJAU

Sayur hijau ini sangat kaya dengan zat besi.

Sebaiknya, semasa memasak sayur hijau ini, disarankan supaya masak hanya sekejap sahaja atas dapur supaya kandungan zat besi dalam sayuran itu masih banyak.

 

#3 : MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN C

Vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum.

Amalkan buah atau sayuran yang kaya dengan Vitamin C seperti buah oren, betik, sayur brokoli, tomato dan buah lemon.

 

#4 : JUS BUAH DELIMA

Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah dalam tubuh ibu mengandung.

Secara tidak langsung membantu HB naik.

 

#5 : KEKACANG

Kacang membantu mencegah anemia dan bagus untuk menambah darah dalam badan. Ambillah kacang sebagai snek dan kudapan ketika masa lapang.

 

Semoga perkongsian ini membantu ibu untuk naikkan HB semula.

Jaga makanan harian kita untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan kita.

 

Farah Alina

WhatsApp : 013 576 7554

Shaklee ID: 1079704

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

3 thoughts on “5 Makanan Penting Naikkan HB Ibu Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"