Niat Memacu Arah
Pernah dengar tak niat ini ibarat menulis alamat di atas surat? Tersilap alamat, surat tidak akan sampai ke tangan penerimanya. Sama jugak macam niat untuk buat sesuatu perkara. Kalau betul niatnya, InshaAllah berjayalah kita. Tapi kalau salah niatnya, selalunya memang susah nak berjaya.
Kadang kadang, kita dah buat macam-macam untuk berjaya dalam bisnes. Segala tok nenek tips yang mentor kita beri kita dah buat. You name it, semua dah buat.
Mentor suruh sharing 10 kali, setel!
Mentor suruh sedekah, done!
Mentor suruh solat dhuha, buat dah!
Mentor suruh zikir, sampai putus tali tasbih kita kerjakan, punya nak tunjuk kata kita sungguh-sungguh dah buat apa yang mentor kita suruh buat.
Tetapi, bila kita duduk sejenak. Kita renung kembali, “Kenapalah aku payah sangat nak berjaya? Kat mana silapnya?”
Lalu kita pergi ke benda paling asas sekali masa kita awal-awal nak buat bisnes ni dulu. NIAT. Ya, niat.
NIAT
Tanpa kita sedar, kita tidak niat dengan betul. Sedangkan nak beribadah pun, NIAT ialah syarat WAJIB solat dan puasa. Punya nak tunjuk kata betapa Allah sangat mengutamakan NIAT. Kalau tak sempurna niat, maka tak sempurna lah ibadah kita.
Dan sebenarnya, berniaga ini juga adalah satu ibadah, selagi mana kita laksanakan semata-mata kerana Allah Taala.
Ya, semua orang buat bisnes memang nak berjaya. Semua orang buat bisnes memang nak kaya. Siapa yang tak perlukan duit? Hanya orang yang duduk dalam hutan sorang-sorang je yang tak perlukan duit agaknya.
Selagi mana kita hidup dalam dunia yang sangat mencabar sekarang ni, memang duit tu sangat lah penting. Jangan tipu lah kalau kita cakap kita tak perlukan duit.
TAPI, apa kata kita switch sikit mindset kita daripada semata-mata mengharapkan bisnes ini untuk beri kita duit, daripada semata-mata mengharapkan downlines kita buat sales sebagai cara untuk kita naik rank, daripada mengharapkan customer beli semata-mata untuk kita dapat sales yang besar, kepada mindset yang “aku memang akan dapat duit, tetapi aku buat semua ini IKHLAS kerana aku nak bantu orang lain terlebih dahulu”
Percayalah, duit yang kepuk-kepuk akan datang sendiri..
Percayalah, rank yang besar pasti akan berjaya kita gapai..
Dengan syarat, KITA BANTU ORANG DAHULU.
Tanamkan dalam minda kita, aku nak orang ni beli produk Shaklee sebab aku nak bantu tingkatkan kesihatan dia.
Aku nak downline aku ni berjaya buat sales supaya dia dapat bonus besar, kerana aku tahu dia perlukan bonus itu.
Niatkan yang baik-baik, InshaAllah yang akan datang juga yang baik-baik.
Niatkan untuk berjaya supaya boleh lebih banyak bersedekah.
Niatkan untuk berjaya naik rank Master Coordinator, yang merupakan indikasi berapa ramai sudah orang yang berjaya kita bantu sehingga mendapat income 4 angka.
Niatkan supaya produk yang kita jual itu mendatangkan manfaat kepada setiap yang memerlukannya.
Niatkan supaya apa yang kita jual itu, mampu memberi penyelesaian kepada masalah setiap pelanggan kita. Contohnya pelanggan kita ada masalah susu badan, maka niatkan kita nak sangat jual Set Penyusuan ni pada pelanggan kita sebab kita tahu dia memang memerlukan.Bukan semata-mata kerana kita nak kejarkan sales.
Niatkan untuk menambah nilai diri sendiri dan keluarga. Supaya bila kewangan keluarga stabil, ahli dalam keluarga akan lebih gembira. Yang seterusnya membantu untuk kusyuk dalam solat. Allahu, indahnya kan?
Hidup memang memerlukan duit, tetapi hidup bukanlah 100% berkisarkan duit.
FOKUS
Fokus kepada apa yang membuatkan kita bahagia. Fokus menambah nilai dan memberi manfaat dalam hidup orang lain.
Nescaya duit yang besar yang akan mengejar kita. Sampai tahap kita tak cari pun, dia yang mai kejar kita. Best kan?
So, apa kata mulai harini, setiap hari sebelum kita mulakan apa-apa tugasan kita, terlebih dahulu niatkan di dalam hati,
“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berniaga hari ini adalah kerana ingin memberi manfaat kepada orang lain, semata-mata keranaMu Ya Allah. Maka datangkan lah kepada aku customer yang benar-benar perlukan produk Shaklee. Dan customer yang benar-benar mampu untuk membeli produk Shaklee. Semoga setiap tindakan aku berpaksikan tujuan semata-mata kerana ingin meraih rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah. Maka permudahkan lah hariku Ya Allah”
Inspirasi daripada Master Siti Farhana.
Fokus itu penting. Follow One Course Until Success. Kalau kejap-kejap cuba ini, lepas tu cuba itu, lambat sikit la nak berjaya.
Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.
Betul tu. Setuju sangat. FOCUS – Focus One COurse Untill Success! 🙂