2 Jenis Ovarian Cyst Ketika Mengandung

Ovarian Cyst adalah poket atau kantung yang mempunyai kandungan cecair. Cecair itu berupa lendir atau air, atau ada yang lebih kompleks ianya mengandungi lendiran yang likat, atau darah atau sesuatu yang keras.

Posisi Cyst ialah dalam kilang telur ovari. Saiz cyst pula terdapat dalam pelbagai saiz ; ianya melebihi 5 cm sehinggalah sebesar sebiji tembikai.

 

KENAPA KENA CAKNA DENGAN CYST

Kehadiran Ovarian Cyst ini menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidaksuburan seseorang wanita itu.

 

 

ADAKAH SEMUA IBU MENGANDUNG BERPOTENSI MENDAPAT OVARIAN CYST?

Setiap wanita muda ada potensi untuk mendapat Cyst, apalagi ibu mengandung. Dan rata-rata kebanyakan wanita yang mengidap cyst ini tidak sedar akan kehadiran Cyst kerana Cyst ini tidak memberi simpton yang berat.

Kehadiran Cyst ini akan disedari apabila wanita itu membuat pemeriksaan ultrasound.  Dan biasanya pemeriksaan ini dibuat jika wanita itu ada masalah kesuburan atau ketika pemeriksaan kehamilan untuk melihat perkembangan bayi dalam rahim. Oleh sebab organ kilang telur ovari ini terletak berdekatan dengan rahim, jadi Cyst ini senang dikesan.

Walaubagaimanapun, jika wanita yang lanjut usia (sekitar 50 an ke atas) mengidap Cyst, ia berpotensi untuk menjadi kanser dan merbahayakan.

 

JENIS CYST IBU MENGANDUNG

Ada beberapa jenis cyst yang berlaku pada ibu mengandung.

#1 : CYST YANG NORMAL

Bila telur dilepaskan daripada ovari, telur akan bersenyawa dengan sperma dan bersenyawa, kemudian menghasilkan bayi. Dan ketika ini biasanya kantung yang memegang telur akan dilepaskan.

Namun begitu, ada kantung yang tertutup selepas telur dilepaskan. Bila ini berlaku, kantung telur itu akan dipenuhi dengan cecair dan kemudian menjadi Cyst.

#2 : CYST DERMOID

Cyst ini berupa ketumbuhan dan saiz nya adalah antara 5 cm hingga 15 cm.

Kandungan di dalam kantung Cyst Dermoid ini adalah lemak atau tulang atau rambut atau gigi.

Jika Cyst Demroid ini dibiarkan dan tidak dibuang, ia akan menjadi berpintal dan berdarah. Sekaligus akan mengganggu bekalan darah dalam tubuh dan menyebabkan sakit di bahagian perut.

 

ADAKAH CYST BAHAYA SEMASA MENGANDUNG

Bahaya atau tidak cyst ini bergantung kepada jenis dan saiz Cyst tersebut.

Cyst yang bersaiz kurang 5 cm, biasanya ia akan hilang dengan sendirinya. Sekiranya ujian ultrasound menunjukkan kandungan kantung cuma mengandungi cecair, selalunya doktor akan memantau tumbesaran Cyst tersebut dengan membuat ultrasound ulangan 1-3 bulan kemudiannya. 80% dari Cyst ini akan hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan.

Andai kata Cyst sudah membesar melebihi 5 cm, ia dikira bahaya dan kebiasaannya doktor akan sarankan untuk melakukan pembedahan bagi membuang Cyst tersebut.

Saya menjemput anda untuk terus follow blog saya kerana selepas ini saya akan kongsikan pelbagai lagi cerita tentang cyst – simpton cyst, rawatan dan pelbagai lagi.

 

Klik Sini Untuk Baca : Tanda, Risiko & Rawatan Cyst Ketika Mengandung

 

Rakan Hamil Anda,

Farah Alina

013 576 7554

Shaklee ID : 1079704

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

2 thoughts on “2 Jenis Ovarian Cyst Ketika Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"