Pantang Larang Pengambilan Vitamin Shaklee & Jadual Makan Yang Terbaik

Selamat Datang ke FarahAlina.com. Bagi anda yang baru untuk memulakan pengambilan vitamin Shaklee ni pasti tertanya-tanya cara pengambilan yang terbaik dan pantang larang apabila amalkan vitamin Shaklee ini.

Di sini saya kongsikan beberapa panduan pengambilan vitamin ini sebagai rujukan.

Berikut adalah masa yang sesuai untuk makan vitamin.

1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.

2. Vitamin sustained released sangat sesuai diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.

3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama -sama untuk penyerapan optimum.

4. Vitamin larut dalam air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan makanan berlemak/berminyak.

5. Vitamin larut lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

6. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

7. Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak yang lain.

8. Zinc : Diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.

Berikut adalah cadangan jadual pengambilan vitamin Shaklee

9 Perkara yang diLARANG bagi pengambilan vitamin ialah

1. Jangan ambil Alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan Alfalfa.

2. Jangan mengambil supplement zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganngu penyerapan kalsium.

Walaubagaimanapun, kini zat besi sudah dilengkapi bersama-sama VitaLea.

Oleh itu jika boleh, ambil kedua-duanya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Jangan ambil GLA bersama Alfalfa kerana GLA mengadungi Vitamin E (rujuk point No 1)

4. Jangan ambil vitamin bersama-sama minuman berkafein kerana akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil VitaLea kerana Vitalea mengandungi iron.

6. Pesakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa kerana Alfalfa mengandungi sejenis asid amino-L-canavanine yang boleh menyebabkan keradangan.

7. Ibu menyusu tidak boleh mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yang rendah.

8. Ibu hamil dinasihatkan tidak mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh mencetuskan kedatangan haid dan menyebabkan keguguran.

9. Pesakit anemia tidak boleh mengambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

*Nota : Ini hanyalah cadangan untuk dijadikan panduan. Tiada jadual khusus bagi pengambilan vitamin.

Terus hubungi saya di 0135767554 untuk rundingan nutrisi selanjutnya.

Terima Kasih.

Farah Alina | 013-5767554

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"