Pendidikan Bermula Sejak Dalam Kandungan
Assalamualaikum pembaca kesayangan semua.
Hari ini, saya ada pemeriksaan kesihatan untuk bayi kedua yang ada dalam rahim saya ini. Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah Ya Syakur semuanya baik – baik belaka. Doakan saya dan kandungan saya terus konsisten sihat ya. Dan tak lupa, saya sudah mula mendoakan semoga saya diberi kekuatan oleh Allah Taala untuk kuat, sabar dan cekal mendidik anak saya ini.
Dalam Islam, usaha mendidik anak bukan bermula apabila anak pandai bercakap, anak boleh berjalan dan sebagainya, tetapi ianya bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Islam mengajar umatnya yang lelaki mencari pasangan hidup, iaitu isteri daripada kalangan wanita yang beriman dan berakhlak. Dengan itu, bayi yang akan dilahirkan nanti juga akan menjadi seorang anak yang baik serta beriman.
Contoh pendidikan sejak dalam kandungan terdapat dalam Al-Quran iaitu melalui kisah Nabi Zakaria.
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(Surah Ali Imran : ayat 38)
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku sendirian, dan Engkaulah sebaik baik yang mewarisi.”
(Surah Al Anbia’ :ayat 89)
Ketika Nabi Zakaria sangat menginkan seorang zuriat lelaki yang diharapkan dapat menyambung perjuangannya, beliau berdoa kepada Allah. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Zakaria bahawa doanya akan dimakbulkan. Melalui kisah ini, terdapat pengajaran yang dapat kita ikuti dalam mendidik diri dan bayi sepanjang kehamilan.
Ikuti entri ini Cara Mendidik Anak Di Dalam Kandungan untuk perkongsian 14 cara yang disarankan untuk diamalkan oleh Ibu Hamil.