Rahim Jatuh. Pentingnya Berpantang Dengan Betul

Ini adalah kisah benar tentang pengalaman tragis ‘rahim jatuh’ atau tombong.

 

Sudah 7 hari Lisa bersalin. Hazim pun dah 1 minggu bercuti. Ini anak ke-3 mereka. Melihat Lisa sudah cukup sihat dan segar, Hazim kembali bekerja.

Terpaksalah Lisa menjalankan tugas seharian sendiri walaupun masih dalam tempoh berpantang. Masa anak per-1 dan ke-2 dulu, maknya yang datang meneman. Tapi kali ni kesihatan mak Lisa pula tak mengizinkan.

Lisa putuskan mahu berpantang sendiri di rumahnya. “Alaa dah no. 3, dah boleh buat sendiri”. Hazim beberapa kali menyuruh Lisa berpantang di kampung. Tapi Lisa menolak.

Mak Lisa di kampung setiap hari menelefon dan bertanya khabar.

“Along, berurut tak? Bertungku tak?”

“Mak jangan risau. Ala benda tu dulu-dulu je mak. Sekarang ni moden dah.”

“Jangan main-main masa berpantang ni Lisa. TOMBONG kang!”

“TOMBONG? Dah anak ke-3 pun. Takda apa la Mak. InsyaAllah.”

“Jangan angkat berat-berat tau Lisa. Baru lagi tu. Makan jamu herba bagi kuat rahim tu..”

“Ubat hospital ada mak.”

Semasa ketiadaan suaminya, lisa tetap menguruskan kerja rumah termasuk mengangkat barang-barang berat. Hari tu, 2 anaknya sedang bersekolah. Si kecil sedang tidur.

Tiba-tiba ketika dia sedang mengangkat bakul yang penuh dengan pakaian untuk dilipat, perutnya tersentap. Dia menjerit! Terus dia terduduk ke lantai. Bakul yang diangkat jatuh tergolek.

“Ya Allahhhhhh! Sakitnya!”

Dia cuba untuk bangun tapi bahagian bawah perutnya perit. Dia terasa seakan ada sesuatu yang terkeluar dari perutnya. Miss V di pegang kuat. Dia menyelak kain batiknya. Dia terkejut!

‘Peranakan’nya terjojol! Seakan mahu pengsan. Dia panik. Dia tarik nafas. Tiada siapa di rumah. Jiran pun takde. Dia menangis menahan sakit.
Nak tak nak, dia kena bertahan. Anak kecilnya masih lagi tidur. Sambil menahan sakit dia terpaksa mengesot ke almari untuk mengambil telefonnya.

“Abang!! Balik bang, PERANAKAN Lisa terkeluar. Cepat bang! Lisa takut!”

Hazim terkejut.
Ini kisah Lisa 2 tahun yang lalu. Ibu kepada 3 orang anak ini masih muda. Berumur 32 tahun. Selepas peristiwa itu, Lisa terpaksa mengharungi tempoh ‘berpantang’ yang panjang dan memeritkan. Serik katanya.

Berpantang kampung pun ia. Berulang alik hospital pun ia. Selama 9 bulan, dia tidak boleh ‘melayan’ suaminya. Malah sehingga kini, dia masih berjaga-jaga.

Syukur Hazim memahami keadaannya dan sentiasa memberi dorongan. Bagi Lisa, nak menyesal pun tak guna.

 

••••••••••

 

Ibu-ibu,

TOLONG jangan pandang mudah perkara ni ya. Jangan ingat dah beranak ramai, pengalaman dah ada. Perkara ini tak boleh berlaku pada korang ye.

Yang 1st time pun, korang wajib kena tau hal TOMBONG ni. Tombong ni pendek cite maksudnya peranakan/rahim jatuh dan terkeluar kat Miss V kita tu.

Imej Tombong (Rahim Jatuh)
Imej Tombong (Rahim Jatuh)

Nak tau tak macamana Peranakan boleh jatuh?? Antaranya…

– Tidak berpantang dengan betul selepas bersalin.
– Angkat berat-berat.
– Terjatuh terhempap punggung.
– Sembelit ketika dalam pantang.

Ini yang ibu zaman sekarang, paling tak kisah…

– Pandang ringan dengan pengambilan jamu atau herba untuk menguatkan rahim selepas bersalin.

Tu pasal mak-mak kita selepas bersalin selalu pesan…

“Jangan angkat berat!!”

“Jangan lupa makan jamu atau herba utk kuat rahim!!”

Sebab apa??

Sebab bila dah TOMBONG kang baru menyesal.

 

•••••••••••••••

 

Nak Elak TOMBONG terjadi lepas bersalin?

Tak suka makan Jamu sebab takleh nak telan?

Ada cara lain…

Mudah, berkhasiat dan yang penting SEDAP!

Bahan terbaik tapi rasa nya MODEN..

Hanya sesudu sehari. Telan aje.

Apa tu? Macam best kan..

 

vivix shaklee

 

 

12661759_10153875712589556_2178721463514577487_n

 

Set Pantang Shaklee - membantu ibu berpantang kekal cergas
Set Pantang Shaklee – membantu ibu berpantang kekal cergas

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"