Pengalaman Saya Bersama Set Hamil Kegemaran Saya
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat dan sentiasa ceria bahagia. Hari ini dah 27 Syawal. Walau dah sampai ke penghujung bulan, tapi saya masih ceria beraya bertandang ke rumah jiran sana sini. Baru ukhuwah makin erat kan kan. 😉
Tadi lepas balik beraya saya pun skroll newsfeed facebook sementara menyusukan anakanda Miqdad. Mata bagaikan dipanah halilintar bila mata ini melihat wajah seorang bayi yang cacat. Allah!
Sejujurnya, dulu masa bujang, saya selalu takut dan sedih bila tengok bayi yang dilahirkan begitu. 😭 Kesian. Ya, itu semua kuasa Allah, tak siapa boleh menidakkannya. Takdir. Tapi tipu jika saya katakan saya tak bersimpati kepada keluarganya. Saya berdoa semoga Allah beri kekuatan kepada ibu – ibu yang mempunyai anak istimewa macam itu. 💪
Then, apabila tiba masanya saya dah kahwin, dan dah mengandung pada Sept 2014 yang lalu, mula – mula saya rasa cuak sangat, takut jika bayi dalam kandungan ni tak sempurna atau tak sihat macam anak orang lain. 😰
Saya take action. Jadi masa itu saya pun banyakkan membaca buku dan buat research.
Kenapa baby boleh cacat?
Apa sebabnya kesihatan baby tak bagus masa lahir?
Dan macam – macam lagi lah.. Masa tu baru saya tahu .. kalau ibu mengandung ni KEKURANGAN FOLIK ASID, ia boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.
Masa tu juga saya tahu, bila mengandung ini sebenarnya, banyak perkara yang ibu kena jaga. Ibu kena jaga kesihatan fizikal, jaga psikologi sepanjang tempoh kehamilan (demi kesihatan ibu dan janin) dan juga pemakanan si ibu yang mengandung. Bila mengandung ni, akan ada banyak ‘lompong’ khasiat pada si ibu.
Saya pun kaji lagi, macam mana nak tampung lompong – lompong khasiat tu?
Macam mana nak dapatkan bekalan asid folik yang cukup supaya anak sempurna?
Nak makan apa? Nak kutip kat mana? 😏
Then baru saya maklum yang ibu mengandung ini sangat penting ambil supplement secara konsisten, kerana ibu menggunakan lebih banyak nutrien dan air semasa proses kehamilan ini. Semasa hamil, ibu perlu menghasilkan 50% darah lebih daripada wanita normal. Pada ketika ini juga, metabolisma tubuh akan membakar tenaga setiap masa untuk pembahagian sel – sel dan perkembangan organ janin yang pesat. Badan bakal ibu masih dalam proses pembuatan plasenta bayi anda sehingga bulan ke empat kehamilan.
Bila saya kaji pula pasal suplemen, memang Shaklee suplemen semulajadi yang SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI yang sangat disarankan untuk ibu mengandung.
Saya betul – betul kagum bila dapat tahu yang
➡ Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
➡ Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
➡ Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.
➡ Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
➡ Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.
Subhanallah. Kagum sangat! 😱 😱 😱
Terus saya amalkan SET HAMIL Shaklee dari awal mengandung sampai ke 39 weeks mengandung tu. Apatah lagi, bila saya dapat info yang obimin dan ubat K.K tu sintetik. Obimin tu kalau pegang, melekat warna pink merah kat tangan kan. Banyaknya pewarna oii! Tobat saya nak makan. Jadi memang saya pilih suplemen semulajadi untuk saya dan anak saya.
Alhamdulillah, sepanjang amalkan Set Hamil shaklee, banyak manfaat dan berita baik yang saya sendiri alami.
🌟 Bacaan HB saya cantik , sentiasa 11 ke atas (nurse selalu puji hehe)
🌟 Takde kencing manis (walaupun dalam keluarga ada sejarah kencing manis)
🌟 Sentiasa sihat
🌟 Boleh travel jauh – jauh
🌟 Tiada loya / mual
🌟 Tak sakit pinggang
🌟 Tak krem kaki
Dan paling saya syukuri, anak saya membesar dengan sihat dan sempurna. Alhamdulillah tsummaalhamdulillah. 😂
Kini, anak saya yang pertama, Muhammad Amir Miqdad dah pun berusia setahun dua bulan. Sihat alhamdulillah sampai ke hari ini dan insyaAllah sampai bila-bila. 😊 (amin)
Dek kerana terlalu puas hati dengan set hamil shaklee, sekarang saya sambung pula dengan set menyusu shaklee. Alhamdulillah, hasilnya Miqdad masih lagi ada rezeki susu badan yang cukup sampai sekarang.
Hari ini usia kandungan saya yang kedua genap 18 minggu. Dan saya masih lagi setia mengamalkan Set Hamil Shaklee. Di kesempatan ni, saya mohon doa rakan rakan semua, doakan semoga saya dan kandungan sihat, selamat dan sempurna ya. (amin) 😌
Jadi kepada semua ibu hamil, saya sangat sarankan anda untuk mencuba Set Hamil ini dan anda boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Seterusnya saya sendiri akan bimbing anda cara makan set tersebut dan beri konsultansi terus kepada anda.
Feel The Effect! Orang kata tak cuba macammana nak jatuh cinta kan. 💖 💖
Semoga saya, keluarga saya dan anda semua yang membaca artikel ini dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipayungi redha Allah SWT. 🙂