Pentingkah Omega-3 Untuk Tubuh Kita?

Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan Asid Lemak Omega-3 sendiri sebab itu ia dipanggil “Essential Fatty Acids” dan fungsinya sangat penting kepada tubuh kita.

Omega-3 ini jika anda tahu, ia terlibat dalam hampir keseluruhan fungsi utama tubuh dan merupakan struktur penting dalam setiap sel dalam tubuh kita. Ianya seperti pelindung dan pengawal yang memagari sel kita dengan lapisan membrane.

Jika kalsium adalah binaan penting tulang dalam tubuh, Omega-3 pula adalah bahan binaan utama bagi otak dan mata kita. 60% dari otak kita adalah terbina dari lemak!

Apa berlaku bila tubuh tidak dibekalkan dengan Omega-3 yang mencukupi?

Terencatnya perhubungan antara sel-sel. Sel-sel dalam tubuh berkomunikasi tanpa wayar macam telefon kita lah, pakai wi-fi. kiranya Omega-3 ni macam pencawang-pencawang. Jika tidak cukup Omega-3, kuranglah capaian signal.

“No yang anda dial, tidak dapat dihubungi”

Ini paling ketara pada fungsi otak, yang boleh menjejaskan mood, pembelajaran, tumpuan dan memori.

Selain itu Omega-3, menghasilkan bahan penting yang dipanggil “Eicosanoids” yang mempunyai impak pada pelbagai fungsi dalam tubuh kita seperti kesuburan, penghadam, fungsi buah pinggang, pernafasan, aliran darah, kesihatan jantung dan sistem pertahanan badan.

Seperti aspirin yang diberikan doktor bila kita sakit, Omega-3 membantu melawan radang dan jangkitan. Jadi, jika kita kekurangan Omega-3, kita akan mula melihat terganggunya sistem imun dan pertahanan tubuh. Biasa dengarkan, asthma, arthritis, cancer, lupus, psoriasis, allergic, migraines ianya bermula dari keradangan dalam sel.

Melalui pembacaan dari buku “How Food Works” terbitan DK(Dorling Kindersley Ltd), terdapat beberapa kajian yang menyatakan pengambilan ikan yang kaya Omega-3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko kanser payudara pada wanita.

Memang tidak boleh disangkal lagi pentingnya Omega-3 ini pada fungsi tubuh kita.

 

Boleh ke jika ambil Omega-3 hanya dari sumber tumbuhan, macam flaxseed ?

Boleh, tumbuhan seperti flaxseed, canola, sayuran hijau macam bayam, kacang walnuts kaya dengan Omega-3 yang dipanggil “Alpha-linolenic Acid” (ALA).

Secara teorinya, ALA boleh menghasilkan EPA dan DHA (Keluarga Omega-3 yang hanya terdapat dalam ikan berlemak dan sesetengah rumpai laut) TETAPI kajian menunjukkan ianya jarang berlaku.

Senang ceritanya macam ni, kita rasa kita dah makan macam-macam kekacang, minyak canola, flaxseed, walnut dan menyangkakan kita dapat cukup Omega-3 TETAPI, sebenarnya ia tidak melengkapi keperluan kesemua jenis Omega-3 yang kita perlukan.

Disebabkan itulah, keperluan mengambil Omega-3 dari sumber ikan perlu ditekankan. Lain tau fungsi ALA, EPA dan DHA.

 

Bagaimana nak dapatkan Omega Guard yang terbaik?

Hubungi Shaklee Distributor Malaysia – Farah Alina di sini  – WASSAP SAYA SEKARANG

 

Omega Guard Shaklee

 

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"