10 Tips Lembutkan Perut Lembu
Minggu ini dua kali saya buat sambal goreng kesukaan suami tersayang. Inti yang ada dalam sambal goreng itu ialah
- Ubi Kentang
- Perut
- Tempe
- Suun
- Kacang Tolo
Jadi macam biasalah, kalau ada perut ini, makan masa lah nak masak. Kena rebus perut tu lama-lama dulu sampai lah empuk dan lembut. Pernah sekali dulu, saya rebus perut tu satu jam je, alahai sedih! Nak kunyah pun tak boleh. Takut – takut gigi yang tercabut nanti. Liat benar!
Jika kita biasa memasak daging termasuk dengan organ dalaman haiwan. Perut lembu merupakan antara bahagian yang agak susah untuk empuk dan memasaknya pula memerlukan masa yang lama. Entri kali ini saya kongsikan 10 tips untuk melembut dan mengempukkan perut lembu. Ya, ternyata berkesan!
10 Tips Lembutkan Perut Lembu
1. Sudu Besi
Rebuskan perut bersama dengan sudu besi dan boleh terus memasak seperti biasa walaupun sudu berada bersama.
2. Sudu Kaca
Rebuskan perut bersama dengan sudu kaca dan boleh teruskan memasak mengikut resepi yang anda inginkan tanpa perlu mengeluarkan sudu kaca.
3. Betik Muda
Rebuskan perut bersama dengan betik muda, apabila perut sudah lembut, Toskan air dan masak seperti biasa.
4. Daun Nangka
Rebuskan perut bersama dengan daun nangka, pastikan daun dicuci betul-betul bersih sebelum direbuskan. Apabila perut sudah empuk. Toskan air rebusan dan bolehlah terus memasak mengikut resepi yang diinginkan.
5. Beras
Rebus beras bersama dengan perut. Tunggu sehingga perut menjadi benar-benar lembut dan empuk. Buangkan sisa nasi yang melekat. Kemudian bolehlah terus memasak tanpa perlu membasuh perut lembu semula.
6. Ais Batu
Cuci dan bersihkan perut terlebih dahulu.Rendamkan perut ke dalam ais batu kemudian biarkan selama setengah jam. Toskan air batu. Perut lembu sedia untuk dimasak.
7. Akar Daun Pandan
Bersihkan akar daun pandan dan buangkan tanah yang melekat disekelilingnya. Rebus perut lembu bersama dengan akar pandan terbabit. Apabila sudah empuk, toskan air rebusan tadi. Kemudian bolehlah memasak seperti biasa.
8. Halia
Tumbuk halia dan gaulkan dengan garam. Kemudian sapukan bahan ini ke perut lembu dan perapkan selama setengah jam. Cuci dan siap untuk dimasak.
9. Air Kelapa
Rebus perut bersama dengan secawan air kelapa muda. Selepas lembut bolehlah masak seperti biasa.
10. Cuka Makanan
Selalunya cara ini digunakan jika memasak dalam jumlah yang banyak seperti 3 kilo dan keatas. Untuk setiap 3 kilo, tambahkan setengah cawan cuka dalam masakan. Jangan risau, perut tidak akan menjadi masam kerana cuka tersebut asalkan tidak dimasukkan secara berlebihan.
Cara-cara diatas ini juga boleh dipraktikkan untuk memasak daging juga. Untuk memasak perut lembu memakan masa yang lebih lama dari daging. Jadi, petua diatas pastilah akan memberi kesan lebih cepat untuk daging.
Saya sendiri biasa menggunakan 2 tips daripada 10 petua di atas.Biasanya saya akan rendam perut dalam ais batu kemudian rebus bersama sudu besi. Hasilnya, perut jadi sangat lembut dan enak dimakan!
Selamat mencuba! 🙂
I love reading your blog. It was very exciting. 🙂
Terima kasih tips nya
Nurul recently posted…Resepi Kerabu Serabut Perut Paling Simple Tapi Sedap!