Rahsia Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Menurut Pandangan Ilmu Perbidanan Turun Temurun
Mengetahui jantina bayi dalam kandungan merupakan suatu penantian yang menyeksakan. Adakah bayi lelaki atau perempuan? Ujian ultrasound mungkin boleh membantu, namun tidak semua keputusan tepat. Melalui pemerhatian daripada ilmu perbidanan turun temurun, terdapat beberapa tanda-tanda daripada ibu hamil yang cenderung ke arah jantina bayi.
Perhatikan tanda-tanda ini dan padankan dengan diri anda. Jadi adakah anak anda lelaki ataupun perempuan?
Tanda Bayi Lelaki
Peliknya, tiada morning sickness di trimester pertama.
Lebih merasakan berat kandungan pada bahagian depan tubuh.
Bahagian aerola akan bertambah gelap.
Berasa sejuk dibahagian tapak kaki.
Tangan selalu kekeringan sehingga perlu memakai losyen pelembut tangan.
Ibu dan suami bertambah berat badannya.
Ibu kelihatan lebih glowing atau berseri.
Bentuk hidung tampak lebih mekar.
Sering dilanda sakit kepala.
Perut Ibu
- tampak bulat yang penuh
- condong ke arah bawah
Ibu suka
- tidur dengan menghadapkan ke arah utara
- makan makanan yang berperisa masam dan manis
- makan daging dan keju
Tanda Bayi Perempuan
Ibu mengalami morning sickness di awal kehamilan.
Lebih merasakan berat kandungan pada bahagian pinggang dan punggung.
Rambut ibu kelihatan agak kemerahan daripada biasa.
Ibu lebih cerewet semasa hamil.
Emosinya mudah terganggu.
Muncul pelbagai masalah pada kulit wajah.
Perut Ibu
- tampak agak lonjong
- condong ke arah atas
Payudara Ibu
- kelihatan mengembang
- kiri lebih besar berbanding kanan
Ibu suka
- tidur dengan menghadapkan ke arah selatan
- makan buah-buahan dan makanan yang manis-manis
- minum air atau jus yang berperisa masam
- makan roti tanpa kulitnya

Jadi, setelah meneliti rahsia daripada pandangan ilmu perbidanan ini, apakah jantina bayi yang anda kandungkan? 🙂
Saya doakan semoga urusan kehamilan anda dipermudahkan oleh Allah SWT.