Senaman Ibu Hamil Untuk Bantu Naikkan HB

Aktivit bersenam adalah suatu amalan yang baik pada keadaan normal bahkan lebih utama lagi bagi ibu hamil. Bersenam meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Bagi ibu hamil yang normal (iaitu tidak mengalami sebarang komplikasi kehamilan) digalakkan menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan.

Sebelum saya kongsikan satu senama yang sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai HB rendah, saya mahu ibu hamil cakna 6 garis panduan bagi ibu hamil untuk memulakan rutin senaman.

 

6 GARIS PANDUAN UNTUK IBU HAMIL BERSENAM
  1. Mulakan dengan senaman ringan yang pendek 15 – 20 minit sehari.
    Selasakan diri dengan rutin senaman.
  2. Dapatkan sehari senaman – sehari rehat. Perlahankan rentak apabila merasa tidak selesa.
  3. Usahakan pengambilan 300 lebihan kalori sehari. Bergantung kepada berat badan.
  4. Susun pemakanan seimbang dan teratur. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap!
  5. Pilih pakaian yang longgar dan daripada bahan yang serap peluk.
  6. Air! Jangan lupa minum air bagi menggantikan air yang hilang dair badan.

 

Ok lah hari ini sebenarnya saya nak kongsi 1 jenis senaman ringan yang membantu naikkan HB ibu hamil.

 

SENAMAN MUDAH UNTUK IBU HAMIL NAIKKAN HB

Kenapa kena bersenam?

Kerana semasa kita bersenam, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hemoglobin (HB) untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Semua anggota tubuh kita akan bergerak semasa bersenam. Jadi ini semua memerlukan oksigen.

Ingat, ibu hamil yang bersenam akan lebih cergas, mudah melahirkan bayi, tempoh sakit bersalin singkat, potensi bersalin normal lebih tinggi dan ibu tidak akan terlalu letih selepas bersalin.

Senaman yang sesuai dan mudah untuk bantu naikkan HB ibu hamil adalah berjalan kaki.

 

 

Senaman berjalan kaki adalah kaedah paling selamat, mudah dilakukan dan mampu memperbaiki kecergasan sistem kardiovaskular dalam tubuh. Pergerakan semasa berjalan kaki akan merangsang penghasilan sel darah dan hemoglobin (HB).

Namun, elakkan berjalan kaki dalam cuaca yang sangat panas. Senaman yang meningkatkan suhu badan tidak sihat unutk perkembangan bayi dalam kandungan.

Elakkan juga berjalan kaki hingga penat yang melampau ataupun sesak nafas kerana ia akan menyebabkan ibu dan janin tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Jangan lupa untuk turut sama mengamalkan makanan utama yang menaikkan HB dan vitamin naikkan HB ibu hamil.

 

Rakan Hamil Anda;

Farah Alina

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"