Set Pantang Shaklee Paling Terbaik Di Pasaran

Pengalaman saya berpantang dua kali dengan Set Pantang Shaklee benar-benar menggembirakan. Ya, saya semestinya tak sabar nak kongsikan kepada anda semua tentang pengalaman saya sendiri menggunakan Set Pantang Shaklee ni. It was so amazing! 🙂

 

Kenapa Shaklee?

Keberkesanan Set Bersalin Shaklee memang diakui sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.

Malah terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.

Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :

“Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”

 

Manakala menurut Dr. Zubaidi dalam blog beliau, pengambilan ESP dan Vitalea sangat membantu bagi tujuan pemulihan luka dalaman ibu lepas bersalin.

 

Justeru, memang tak perlu nak disangkal lagi lah. Suplemen memang penting semasa berpantang. Bukan takat masa hamil je tau.

 

Semasa berpantang anak pertama, saya ambil Shaklee semata-mata. Manjakani saya beli daripada makcik bidan yang datang mengurut saya kat kampung. Berpantang anak kedua pula saya ambil Shaklee dan ditambah 2 produk Nona Roguy iaitu Air Akar dan Phytonatal. Pilis, air mandian, Jamu dan param saya beli homemade daripada bidan kampung kawasan saya. Alhamdulillah. Rasa seronok berpantang dengan Shaklee. Badan segar, tak letih even saya menyusu dua anak sekaligus, dan susu saya pun alhamdulillah banyak.

 

Semasa berpantang anak kedua. Pantang hari ke 14. Nampak ceria kan saya? Hehe
Semasa berpantang anak kedua. Pantang hari ke 14. Nampak ceria kan saya? Hehe

Fungsi Dan Kebaikan Set Berpantang Shaklee

Set-Berpantang-Shaklee

 

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik Vitamin

B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.

Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.

Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah.

Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.

17457706_1585628091470386_3078549759943957223_n

 

VitaLea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang.

Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.

Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

 

Multivitamin Pertama Dunia

Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka.

Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.

Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.

Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.

Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

 

14212001_10210063682123946_4176366865004094227_n

 

 ESP

Soya Protein ESP baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi.

Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein.

Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.

Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan.

Membantu menambah penghasilan susu ibu.

Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

 

12

Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium.

Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil.

Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit.

Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.

Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.

Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.

Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.

 

Lecithin

Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia.

Mengandungi choline untuk kecergasan akal.

Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu.

Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.

 

Alfalfa

Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan.

Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan.

Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.

 

16730118_10211598029366975_3095853827918911912_n

 

Kesimpulannya Set Pantang Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Pantang Shaklee juga adalah Set Pantang yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Best dan jimat kan? 😉

 

Untuk dapatkan Set Pantang Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di talian 013 576 7554. Atau anda boleh beli sendiri dengan klik button ini

Beli-Sekarang

 

 

Saya akan berikan khidmat yang terbaik untuk anda dan semestinya pengalaman berpantang dengan Shaklee yang saya ada saya akan kongsikan bersama.

 

Set Pantang Shaklee - membantu ibu berpantang kekal cergas
Set Pantang Shaklee – membantu ibu berpantang kekal cergas

 

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge