Surat Bayi untuk Ibu Tersayang
Buat Ibu tersayang,
Terima Kasih kerana membawaku kehulu kehilir selama 9 bulan dalam kandunganmu.
Kesian ibu, mesti ibu sakit, penat dan tak larat bawa perut yang semakin memberat tu kan?
Ibu tahu,
Bulan pertama adik ada dalam perut ibu
Proses persenyawaan sedang berlaku
Adik sebesar biji anggur je, ibu.
Trimester pertama ni
Mesti ibu rasa sangat tak selesa
Mual, pening-pening dan muntah
Mungkin lebih teruk, sampai tak lalu nak makan
Kesiannya ibu… 🙁
Banyakkan berehat ye, ibu.
Ibu,
Ibu nak tahu…
Perkembangan adik cepat sangat
Dalam trimester kedua ni
Organ dalaman adik dah mula lengkap
Masa ni, roh mula ditiupkan
Adik pun dah boleh mula gerak-gerak
Pertumbuhan otak adik pun cepat
Adik dah makin aktif
Mesti ibu ada rasa adik dah mula menendang-nedang perut ibu
Sakit tak, bu?
Maafkan adik ye ibu, kalau ibu rasa sakit.
Waktu ni ibu,
Adik perlukan sangat pemakanan yang sihat dari ibu
Ambillah vitamin ye ibu
Jangan culas makan ubat tau !
Ibu selalu lah baca Quran,
Adik suka sangat dengar, rasa tenang jer…
Ibu ku sayang,
Cepatnya rasa masa berlalu
Adik dah makin besar lah
Ibu dah boleh dengar degupan jantung adik guna stetoskop
Pendengaran adik pun semakin baik sekarang
Haaa.. masa ni, ibu elakkan dengar bunyi yang kuat-kuat tau
Bingit telinga adik
Sekali sekala adik tersedu-sedu
Sebab adik tengah buat latihan penafasan
Hikhikhik.. comel je kan !
Jangan tak percaya, masa ni adik dah boleh bermimpi tau
Adik mimpi ibu
Tak sabar nak jumpa ibu!
Ibu jaga diri baik-baik yer
Ambil kalsium lebih
Adik tahu, kaki ibu kerap kejang sekarang ni
Tidur ibu asyik terganggu
Kerap nak buang air kecil
Sebab kepala adik dah berpusing kebawah dan menekan pundi kecing ibu
Sabar yer ibu..
Dah tak lama lagi
Adik dah nak keluar tengok dunia
Haaa… adik tahu
Ibu scan perut sebab nak tengok adik kat dalam ok ke tak ok, kan?
Adik nampak ibu tersengih-sengih tengok adik kat screen TV tu
Ibu terintai-intai nak tengok adik ni laki ke pompuan 😉
Adik pun tahu,
Persiapan untuk adik, ibu dah siapkan
Kemain seronok adik tengok ibu shopping
Comel-comel barang ibu beli untuk adik
Terima kasih ye ibu..
Adik suka sangat!
Tak sabar nak keluar…
Ho yeayyy!!
Mungkin sudah sampai masanya, bu.
Adik sudah bersedia !
Kini adik sudah berada dalam posisi yang betul
Makin sempit adik tinggal dalam perut ibu ni
Adik dah mula kenal suara-suara ibu ayah kakak dan abang
Sudah tahu bezakan antara gelap dan terang
Adik dah tak sabar nak jumpa ibuuuu…
Ibu yang adik sayang,
Sedih adik tengok ibu tau…
Ibu menahan sakit bila kontraksi berlaku
Tanda sudah hampir waktu adik nak keluar
dari rahim ibu
Adik tengok ibu menangis
Ada air dan darah tumpah
Sakit ye bu…
“Ya Allah, bantulah ibuku. Permudahkanlah ibuku melahirkan ku”
Uwaaaa… uwaaaa…
Adik menangis sekuat hati
Menangis tanda gembira, tanda syukur
Gembira kerana akhirnya dapat bertemu ibu
Syukur kerana diberi peluang melihat dunia dan peluang berbakti kepada ibu
Ibu,
Terima kasih ibu
Terima kasih kerana mengandung dan melahirkanku
Tiada apa yang ada didunia ini dapat ku balas jasamu
Adik sayang ibu
Sayang ibu sangat-sangat
Kerana syurga itu ada ditelapak kakimu, ibu..
Sayang Ibu….
Ikhlas dari anakmu.