Tanda, Risiko & Rawatan Cyst Semasa Mengandung

Pada entri yang lepas , saya ada kongsikan cyst yang biasa ia akan hilang dengan sendirinya. Namun jika cyst jenis kanser atau saiz yang besar, ianya perlu dibuang. Sebabnya adalah cyst yang bersaiz besar ini ada risiko untuk pecah atau berpintal. Apabila ini terjadi, kandungan anda dalam bahaya!

Cyst yang berpintal

 

Entri kali ini saya akan kongsikan tentang tanda-tanda cyst ketika mengandung. Anda perlu cakna petanda ini kerana boleh jadi kita rasa ianya normal, padahal sebenarnya keadaan sedang menjadi makin parah.

 

PETANDA CYST KETIKA MENGANDUNG

Antara petanda cyst ketika mengandung adalah :

Petanda Cyst #1 : Sakit di bahagian punggung

Petanda Cyst #2 : Kembung Perut

Petanda Cyst #3 : Sakit ketika hubungan kelamin

Petanda Cyst #4 : Kejang di bahagian ari-ari 

Petanda Cyst #5 : Sakit perut di bahagian abdomen kiri atau kanan iaitu di kedudukan ovari

Rasa sakit ini berlaku kerana cyst makin membesar, dan adakalanya ianya telah pecah atau berpintal.

 

RISIKO CYST KETIKA MENGANDUNG

Adakah cyst bahaya untuk ibu yang sedang mengandung?

Sebenarnya ovarian cyst berlaku di ovari manakala bayi pula membesar dalam rahim. Ianya dua kawasan yang berbeza.

Ovarian cyst tidak merbahayakan bayi dalam kandungan. Namun, jika cyst makin membesar dan berpintal, ada beberapa risiko yang akan berlaku.

Risiko Cyst #1 : Kelahiran Pra Matang

Cyst yang membesar sehingga sudah melebihi 5 cm akan mengganggu bekalan darah ke bahagian peranakan. Kesannya akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.

Risiko Cyst #2 : Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman akan berlaku di bahagian peranakan jika cyst pecah. Kesannya, anda akan rasa sakit apabila nak buang air kecil.

 

RAWATAN DOKTOR

Jika anda merasai tanda-tanda cyst ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan. Biasanya doktor akan tunggu untuk lihat sama ada cyst itu membesar atau tidak dalam masa lebih kurang 2 minggu.

Jika cyst itu mengecut, doktor akan biarkan sahaja. Ianya tak merbahayakan.

Tetapi andai cyst itu membesar, doktor akan melakukan pembedahan untuk membuang cyst tersebut.

Kebiasaanya pembedahan akan dibuat ketika kandungan anda berada di fasa trimester kedua.

Ini kerana ianya lebih selamat kerana tidak mengganggu perkembangan bayi dalam rahim.

 

KLIK SINI UNTUK BACA : 2 Jenis Cyst Ketika Mengandung

 

Adakah selepas pembedahan cyst tidak akan datang kembali?

Pembedahan untuk membuang cyst tadi tak menjanjikan cyst itu akan pergi selamanya. Anda berpotensi untuk mendapat cyst kembali seandainya anda tidak menjaga pemakanan harian dan gaya hidup sihat.

Pembedahan juga berisiko untuk pendarahan dan menyebabkan seluruh ovari yang terlibat dibuang.

 

Untuk entri seterusnya, saya akan kongsikan cara nak elak daripada pembedahan membuang cyst melalui makanan.

Stay tune!

 

Rakan Hamil Anda,

Farah Alina

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"