Teluk Batik Tempat Berkelah Paling Best Di Perak

Boleh dikatakan hampir 5 tahun saya dan keluarga besar belah Mama tak pergi berkelah. Rindu rasanya. Cuti sekolah hujung tahun 2018 ini rasa enjoy sangat bila dapat pergi berkelah dengan keluarga tersayang.

Kalau ada yang tertanya tanya di mana tempat perkelahan yang syok di Perak, saya cadangkan anda ke Pusat Peranginan Teluk Batik yang terletak tak jauh dari Pekan Lumut.

Perjalanan saya dari Sungai Siput ke Teluk Batik mengambil masa dua jam lima belas minit. Not bad lah kan. Gerak awal pagi anak masih belum bangun, sampai je Teluk Batik anak anak dah bangun dan kemain gembira main pasir dan air disana. Hehe.

Sampai je sana, Ya Allah best sangat cuaca. Angin kuat, orang ramai tapi tak sesak, dan yang paling teruja adalah ombak masa tu memang kuat sangat!

Saya sekeluarga seronok sangat main ombak berbalas dengan badan. Puas lah rasa.Berbaloi baloi perjalanan 2 jam tu. Hihi.

Kat Teluk Batik tu, anda nak naik bot pun boleh. Bot akan ronda sekitar Marina Island (kalau tak silap) dengan harga RM5 seorang. Maksimum 15 orang satu bot. Kalau anda pergi dengan family yang ramai, pakat ambik satu bot tu satu family je la. Saya berhajat nak naik bot dengan suami, anak anak dan Mak tapi Abah tak bagi. Ombak kuat sangat dan Abah risau katanya.😅

Selain itu, banana bot pun ada disediakan. Seorang RM10. Kalau ombak tak kuat memang saya dah naik dah! Ha!

Overall, kalau anda mencari tempat berkelah untuk aktiviti keluarga, Teluk Batik memang terbaik. Rugi tau tak pergi.

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"