Tips Atasi Masalah HB Rendah Buat Ibu Hamil

 

Alhamdulillah. Baru balik check up baby kat klinik tadi. Sebenarnya bulan lepas HB saya low, 10.9. Kan hari tu saya cerita moody mood punya pasal, mak buyung dalam fasa memilih masa week 11 – 20, so suplemen shaklee pun kuat monteng nak makan. Masa tu ada la skip – skip makan vitamin dekat seminggu. Teruk betul ibu! Bab ini please jangan follow tau. Huhu.
 
Lepas check HB, padan muka turun bagai nak rak! Tak pernah – pernah saya punya HB rendah macam itu. Kerana ponteng makan suplemen, tudiaaa hambik kau jatuh trang tang tang! Nurse dah start bagi bebelan kasih sayang. Ok, i kena ceramah.
Bacaan HB semasa check up pada 21 Julai 2016
Bacaan HB semasa check up pada 21 Julai 2016
 
Lepas tu, menyesal tak nak monteng dah. Jadi, setiap hari saya konsisten makan suplemen semulajadi saya tanpa gagal. Saya ambil suplemen semulajadi , bukan yang diberi oleh klinik kerajaan itu sebab saya tekad tak nak ambik ubat sintetik untuk kandungan saya. Dengan lafaz bismillah saya makan setiap hari dengan gembira. Dalam Set Hamil Shaklee yang saya amalkan, suplemen yang khusus untuk naik kan HB adalah Vitalea dan Sustained Release Vitamin C
2 Suplemen Khusus Untuk Naikkan HB Ibu Hamil
2 Suplemen Khusus Untuk Naikkan HB Ibu Hamil

 

Hari ini (belum sampai sebulan dari tarikh check up bulan lepas) saya datang temujanji untuk pemeriksaan bulanan bayi. Mula – mula nurse check heartbeat baby dalam perut, subhanallah laju dan jelas bunyi degupan jantung anak Ibu. Syukur, ibu sukasangat! Lepas tu, nurse suruh pergi makmal untuk check darah merah. Nak pastikan keadaan HB sekarang. Saya senyum dan terus positif. Berkeyakinan asbab usaha saya konsisten makan suplemen, insyaAllah pasti Allah beri hasil yang terbaik.

Selepas dah selesai pemeriksaan darah, keluar result dari makmak dan saya terus hantar laporan makmal kepada nurse di bilik rawatan tadi. Sampai sahaja laporan makmal itu kat tangan nurse, nurse cakap

 

“HOOORAY!

NAIK 12 HB YOU! BAGUS! KEKALKAN PRESTASI BAIK NI! CEPAT NAIK YAA.

KEEP IT UP OK!”

 

Bacaan HB saya semasa check up 18 Ogos 2016
Bacaan HB saya semasa check up 18 Ogos 2016
 
Masa tengok nurse pula gembira bukan main, saya pula jadi terharu. Concern nya nurse Iban kat sini terhadap pesakit kesayangan dia ni. 🙂
Dalam hati, saya lafazkan syukur kepada Allah Ya Syakur, Yang Maha Mengatur yang terbaik kepada hamba Nya yang berusaha. Siapa berusaha, dia pasti berjaya!

Ibu did it, sayang!

 

Sekiranya ibu hamil mempunyai masalah bacaan HB rendah, jangan putus asa dan marilah ikhtiar sepertimana cara saya. Anda mampu mengubahnya!

Till then. InsyaAllah. Nanti saya share lagi ya pengalaman kehamilan kedua saya ini.

 

 

farahalinadotcom

 

 

 

 

 

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

One thought on “Tips Atasi Masalah HB Rendah Buat Ibu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge