9 Tips Memudahkan Kelahiran Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum readers. Hari ini kandungan saya dah 38 minggu 4 hari. Sedang meniti hari je ni untuk beranak. Takut? Tipulah kalau cakap saya tak takut kan. Hihi. Pengalaman lepas mengerikan saya. Namun saya sedar inilah perjuangan seorang wanita a.k.a ibu. Perjuangan dan jihad bersalin , melahirkan mujahid Islam ke dunia ini untuk mewarisi perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Entri kali ini saya nak kongsikan 9 tips memudahkan kelahiran yang ibu hamil boleh sama sama amalkan.

 

Ikuti panduan 9 panduan ibu hamil untuk memudahkan kelahiran.

1. Urutan perineal

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu ibu memudahkan proses kelahiran yang bakal dihadapi dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Proses meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna iaitu 10cm. Ibu boleh mulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula minggu ke-34 kehamilan sehinggalah saat mahu melahirkan.

Tips sebelum melakukan urutan rutin tersebut:

  • Pastikan jari benar-benar bersih
  • Guna minyak yang berasaskan sumber bahan semulajadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara
  • Elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum

Namun, ibu dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, ok.

 

2. Senaman Kegel

Senaman Kegel ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Jadi, otot berkenaan akan mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran tiba.

Senaman ini boleh dilakukan dimana sahaja. Bila kita buat senaman ni, tak de orang lain yang akan tahu. Antara teknik senaman Kegel yang boleh dilakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik pernafasan

Teknik pernafasan ini amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ibu ketika menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

Di minggu-minggu terakhir kehamilan, ibu sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal diaplikasikan ketika proses kelahiran nanti.

4. Tidur mencukupi

Saya tahu bila perut mulai membesar ni, memang ibu akan alami masalah sukar tidur. Saya sendiri bertukar ganti mengiring ke kiri dan kanan untuk mendapatkan keselesaan. Hihi. Walaupun ibu mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan ni, ibu dinasihatkan untuk memastikan jumlah waktu tidur adalah mencukupi. Ini kerana ibu perlu kekal bertenang semasa proses melahirkan nanti.

5. Keadaan selesa

Fikiran yang tenang, mental dan emosi yang mantap sangat penting semasa proses kelahiran. Cuba bertenang diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan ibu daripada menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.

6. Teman kuat semangat

Ibu perlu pilih siapa teman yang bakal menemani Ibu di bilik bersalin nanti. Ini kerana sokongan daripada yang tersayang boleh membantu memudahkan kelahiran bayi. Sekiranya ibu memilih suami untuk berada disisi, suami perlulah mempunyai semangat yang kental (tidak takut darah, lemah semangat) agar suami mampu memberikan sokongan ketika ibu berhadapan dengan kesakitan.

7. Perguna graviti

Ibu digalakkan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan ketika proses kelahiran. Malah, jangka masa proses kelahiran boleh menjadi pendek jika ibu berdiri tengak kerana keadaan begini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Oleh itu, ibu tidak disarankan untuk hanya berbaring diatas katil sahaja. Bawa suami untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin. Tak perlu malu, tak perlu segan. Hihi.

8. Baring mengiring ke kiri

Amalan sebegini juga diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak ‘keluar’ dengan cepat.

9. Makan secukupnya

Bila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, ibu perlu makan secukupnya untuk tenaga semasa meneran nanti. Sekiranya ibu tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Buat si suami, sentuhan kepada isteri dapat mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin. Tangan si suami amat berguna ketika itu. Jadi, suami perlu belajar beberapa teknik asas urutan. Bagi mengelakkan tangan letih mengurut, sediakan beberapa bola tenis yang dimasukkan ke dalam stokin bagi membolehkan ia digolekkan di bahagian belakang isteri.

 

Semoga bermanfaat!

 

vitamin mengandung

 

Set Pantang Shaklee - membantu ibu berpantang kekal cergas
Set Pantang Shaklee – membantu ibu berpantang kekal cergas

 

 

Atau anda boleh terus order sendiri dengan cara klik button di bawah ini :

Beli-Sekarang

 

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge