Intermittent Fasting – Turun 15KG Dalam Masa 2 Bulan!

Sejak tahun 2010, carian online ‘Intermittent Fasting’ meningkat sebanyak 10,1000 peratus. Intermittent Fasting (IF) mula popular apabila ia dikaitkan dengan penurunan berat badan. Maklumlah, orang kita kan suka nak kurus ni. Apatah lagi sekarang ni tahun baru 2023. Semua orang mula letak azam tahun baru ‘SAYA NAK KURUS.’

Persoalan nya, betul ke IF boleh bantu untuk kurus?

Apa itu IF by Master Norita?

Sekiranya dilakukan dengan betul, Intermittent Fasting bukan sahaja boleh bantu menurunkan berat badan, bahkan IF boleh juga membantu pesakit diabetes menstabilkan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaat terhadap kesihatan.

 

Intermittent Fasting bukan berlapar. Ianya PUASA BERKALA.

Puasa dalam IF ini maksudnya menjarakkan atau melambatkan waktu makan untuk mendapat kebaikan berpuasa, bukan amalan yang boleh buatkan kita kebuluran. Jika kita faham dan jelas fisiologi yang berlaku ketika berpuasa, tak mungkin kita kata IF tidak memberi manfaat kepada kesihatan jika ia dilakukan dengan teknik yang betul. Saya sendiri jatuh cinta dengan IF bila saya fahami kebaikan IF ini sendiri!

Dalam IF, kita boleh tentukan masa kita untuk berpuasa. Berbeza dengan berpuasa dalam Islam, puasa mestilah dari waktu subuh sehingga maghrib.

Dalam IF, kita boleh minum air tetapi dalam puasa Islam ia adalah kategori ‘dry fasting’, langsung tak boleh minum.

IF ialah puasa alternatif yang lebih mudah dan fleksibel untuk kita sesuaikan dengan jadual harian kita. Jika selama ini kita makan 5-6 kali sehari, dalam IF ini fokus utama ialah untuk kita kurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja sehari.

Jika selama ini kita biasa makan lewat malam dan kita suka ambil snek, dalam IF kita hanya perlu ubah masa kita untuk makan malam lebih awal daripada biasa dan elakkan makan snek.

“Ala susah lah!”

Takpe. Memang agak susah untuk peringkat awal tetapi alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat badan mestilah perlukan pengorbanan kan. Hehehe.

intermittent fasting

 

Dalam IF, kita boleh pilih dan tentukan sendiri berapa jam kita nak berpuasa (fasting window) dan berapa jam kita nak makan (eating window).

Plan IF berbeza ikut kesesuaian setiap individu, tidak ada yang salah atau pun betul. Tapi lebih kepada toleransi kita dan matlamat kita untuk IF itu.

Macam pengalaman saya sendiri, saya bermula dengan 12/12 selama dua hari, kemudian 16/8 selama tiga hari berikutnya, dan selepas itu saya dah boleh mula biasakan IF 20/4. Ada juga extended fasting. Semuanya bermula dengan payah juga, tapi insyaAllah bila kemahuan, keinginan dan keazaman kita tinggi, kita mampu atasi nya.

PENGALAMAN SAYA INTERMITTENT FASTING
SAYA TURUN 15 KG (92 KG KEPADA 77 KG) DALAM MASA 2 BULAN 17 HARI

 

“Takpe lepas beranak nanti mesti kurus.”

“Menyusu badan kan, haa kurus lah tu.”

 

Selalu dengar kan kata kata macam ni. Bagi saya semua itu dusta belaka!

2x beranak + dekat 5 tahun menyusu badan, berat saya macam tu juga.

Berat lepas bersalin Hamzah (anak kedua saya) sama dengan berat masa mengandungkan dia. Celah mana turun nya pun tak nampak. Aduh!

Tambahan lagi, bila PKP dulu lagilah membuatkan berat naik bagai dipam pam. Sedar tak sedar dah 96kg!!

 

September 2021, masa berat 96kg tu saya disahkan mengandung anak ketiga. Alhamdulillah Alin happy sangat. Cuma pengalaman ngeri bila berat mencecah angka 105 kg pada trimester ketiga. Masa tu rasa macam tak percaya sungguh!

Sungguh tak sangka berat sendiri boleh capai 3 angka. Aduhhhhh!

Pengalaman menyusu anak-anak sehingga usia mereka 2 tahun sebelum ni tak membantu saya turun berat selepas bersalin. Sebab kunci utama nak kurus lepas bersalin bukanlah pada penyusuan semata mata, tetapi paling penting kena jaga PEMAKANAN & BERSENAM.

Jadi masa pantang anak ketiga ni, saya tekad untuk jaga pemakanan. Saya tekad nak jaga badan lepas beranak anak ketiga ni. Tak nak nampak macam makcik makcik lagi dah.

 

Sebelum IF, saya nampak seperti makcik makcik kan. Ouch

 

Alhamdulillah, 22 April 2022 bersalin. Dari berat 105 kg, pada Jun 2022 berat saya turun ke 92 kg. Turun 13 kg dalam masa 2 bulan. Happy!

Namun berat tu statik lama. Bulan Julai berat statik je 92kg. Ish tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu.

 

Intermittent Fasting

3 Ogos 2022 saya mula buat INTERMITTENT FASTING dengan Shaklee, berat masa itu adalah 92kg. Komited dan bertahan. Dari 12/12, 14/10, sekarang steady je 20/4. Pernah juga IF 24 jam.

Saya jaga juga portion makan, ambil suku suku separuh dan saya mula paksa diri untuk bersenam. Saya tak ambil gula. Saya minum air kosong dan air Shaklee sahaja. Alhamdulillah Set Diet IF Shaklee tu pun sangat sangat membantu saya dalam proses turun berat ni.

Sekarang Alhamdulillah, berat saya dah cecah 77kg dalam tempoh 2 bulan 17 hari. Tinggi saya 165cm.

 

turun berat dengan IF

Inilah lah hasil konsisten Intermittent Fasting, bersama suplemen Shaklee dan senaman. Alhamdulillah.

Ini yang saya dapat sekarang :

  •  Semua baju-baju yang tak muat pakai sebelum ni,semua boleh pakai balik
  •  Bahagian pinggang pun ada inchloss
  •  Bentuk muka start mengecil.
  •  Kurang rasa stress, rasa happyyy, emosi sentiasa best. Tak rasa lemau

Set Diet Intermittent Fasting Shaklee banyak bantu saya sampai ke tahap ni. Jika saya boleh, anda pun pasti boleh!

 Korang nak tips IF untuk beginner? Jemput baca di blog Aya Chalo ni untuk tips IF buat beginner.

 

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"