Panduan Ibu Berpantang. Nasihat Murni Penuh Kasih Sayang.
Pada hari-hari awal selepas bersalin, kebanyakan mommies akan mengalami kekurangan tenaga. Betul kan? Mommies rasa cepat penat walaupun melakukan kerja-kerja yang ringan.
Ini disebabkan oleh kehilangan banyak tenaga sepanjang proses kelahiran. Bagi menggantikan tenaga yang hilang itu, wanita memerlukan masa yang agak panjang dengan berpantang.
Disebabkan keadaan fizikal mommies yang masih lemah, jangan sesekali mommies paksa diri membuat pelbagai kerja rumah tau! Masa inilah mommies gunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk berehat bagi mengembalikan tenaga yang hilang.
Mommies dinasihatkan agar cukup tidur. Setiap kali baby tidur, mommies pun ikut tidur. Bagi yang tak ada pembantu bagi membantu menguruskan hal ehwal rumah, jangan malu untuk meminta bantuan daripada hubby yang awesome, keluarga atau saudara-mara.
Setelah beberapa minggu bersalin, In sha Allah mommies akan beransur pulih, semakin sihat dan lebih bertenaga. Namun, ini bukan bermaksud mommies boleh terus bekerja sesuka hati.
*Haippp, nak kena babap ni mommies yang degil*
Ingat ya, mommies masih tak boleh buat kerja-kerja berat! Lakukan kerja secara berperingkat-peringkat. Tapi, jangan sesekali mengangkat barang-barang berat atau yang memerlukan banyak tenaga dalam tempoh enam minggu selepas bersalin.
Kalau tak nak jadi macam Puan Lisa ni, baik dengar cakap ye mommies.
Selamat Berpantang! 🙂
