Pengalaman Mencuit Hati Semasa Kehamilan 33 Minggu

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share pengalaman manis tawa saya sepanjang saya pergi check up di Klinik Kesihatan Kanowit tadi untuk kehamilan kedua saya yang dah masuk 33 minggu 2 hari ni.

Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar. Allah pemudahkan syukur Ya Syakur. Kali ni pergi ke klinik saya tak bawa Miqdad sebab memang tak larat dah aih nak kejar dia ke hulu ke hilir dekat Klinik tu. Haha. So Miqdad stay dekat rumah mama Yanti – mak angkat dia. Bila saya hantar je Miqdad ke rumah Mama Yanti tadi, masyaAllah kemain suka keluarga mama Yanti anak beranak. Memang depa suka sangat dengan Miqdad, alhamdulillah. Hati saya pun tenang sepanjang berada di Klinik tadi sebab saya tahu Miqdad pun ok kat sana.

 

KLINIK KESIHATAN KANOWIT

Sampai je klinik, nurse feveret saya check up perut saya. Alhamdulillah, jantung baby makin jelas kedengaran. I am too happy bila dengar bunyi degupan jantung baby. Lepas dah setle check up perut, saya ke makmal untuk check HB. Kena cucuk kali ni rasa sakit lain macam pula. Hah. Tapi Ibu kena kuat! Tahan Ibu, tahan. Keep positif dan senyum je lah. Hihi

Once staff sebut nama Farah Alina untuk ambil result, saya suprisingly so happy and glad bila tengok result. Yeay, HB maintain 12 yeah! Tak sia sia sebelum datang klinik tadi saya telan 3 biji Vitalea dan 3 biji SR Vitamin C. Worth it! πŸ˜‰

 

cara naikkan hb masa mengandung

 

Alhamdulillah, HB ok. Ibu happy!
Alhamdulillah, HB ok. Ibu happy!

 

Then pergi balik klinik hantar keputusan makmal tu, nurse puji “CUN HB you!” Alhamdulillah. Β Terus ke pintu sebelah untuk jumpa doktor pula. Untuk scan perut dan untuk minta keizinan doktor untuk naik flight minggu depan balik Semenanjung.

Bila jumpa doktor, saya cakap kat Doktor Woo tu “Doktor, kali ini doktor reconfirm kan ye jantina anak i. I tak shopping lagi baju baby ni. Next week balik KL baru i nak shopping. Hihi”

Doktor Woo gelak je “Ok kita try tengok lagi ok.” Before this, masa minggu ke 28, Doktor scan dan kata mungkin ini baby perempuan. Sebab memang tak nampak telur. Jadi excited la ibu bila dengar tu. Hihi. Its the time my princess!

Lepas dari tu, memang saya dan suami panggil nama baby ‘Zara‘ . Itu nama yang bakal saya berikan kepada baby saya nanti. Memang saya akan stand by nama anak awal-awal dan panggil nama tu sebelum beranak lagi, which is masa baby dalam perut lagi. Hihi. So bila sembang sembang dengan baby masa usap perut, memang saya panggil la Zara.

What a suprise, bila scan kali ni Doktor kata “Eh, tengok tu! Opss its a boy! Nampak telur tu dengan jelas.” What?! Yeke Doktor. Saya macam terpinga pinga. Memang jelas! Doktor tunjuk kat saya berulang kali paparan dekat skrin komputer tu imej yang membuktikan YES, ITS A BABY BOY ibu!

 

22

333

 

“Haha. Ok doktor. Habislah i sebelum ni i dah panggil dia dengan nama gugirl!”

“Wah! Belum keluar lagi dah panggil nama dah.” Doktor tu terus ketawa. Dan kami ketawa bersama.

 

Takpe lah sayang, tak kira apa pun jantina baby, perempuan atau lelaki, ibu tetap tak sabar nak jumpa baby dan ibu sentiasa doakan baby membesar dengan sihat dalam perut ibu ni dan insyaAllah selamanya. Ibu love u baby!

Mohon doa semua semoga perjalanan kehamilan saya selama enam minggu lagi dipermudahkan Allah Taala. Semestinya ikhtiar saya bersama SET HAMIL SHAKLEE. πŸ™‚

 

Gambar ni masa minggu ke 31 pregnancy. Alhamdulillah, masih tak kembang sangat. Kita tengok lah nanti ape cite masa minggu ke 38. Β Hihi. Untuk kenaikan berat badan yang terkawal semasa kehamilan, Omega Guard membantu saya mengawal selera makan dan kenaikan berat badan saya. Untuk dapatkan Set Hamil Shaklee, terus hubungi saya ok πŸ˜‰

Atau anda boleh beli sendiri dengan klik button di bawah ini :

Beli-Sekarang

 

SERIUS! Ibu tak kisah apa pun jantina baby sayang, asalkan sihat walafiat ye sayang. :)
SERIUS! Ibu tak kisah apa pun jantina baby sayang, asalkan sihat walafiat ye sayang. πŸ™‚

 

Farah Alina

Seorang blogger manis yang suka berkongsi pengalaman tentang kehidupan, kesihatan dan kecantikan.

2 thoughts on “Pengalaman Mencuit Hati Semasa Kehamilan 33 Minggu

  • May 2, 2017 at 4:32 am
    Permalink

    Tulisan yang sangat bagus, semestinya tanda-tanda awal kehamilan sudah diketahui sejak awal bagi calon ibu. Sebab kebanyakan ibu hamil baru menyadari kehamilannya ketika telah memamsuki kehamilan bulan ke-3. Jadi dengan kita tahu tanda-tandanya kita dapat menjaga pola hidup yang sehat supaya bumil dan janin sehat wal’afiat.

    Reply
    • May 9, 2017 at 5:48 am
      Permalink

      Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Hamil itu indah, jadi pasti kan kita serba serbi tahu tentang nya. πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

"Touch Untuk WhatsApp"